Saya dan keluarga

Berapakah Usia Sesuai Anak Tinggalkan Pampers ?

Angah berjaya tinggalkan pampers pakai buang..yeay!

Hahahah tahniah angah, seharian semalam cuba untuk tak pakai pampers dan angah berjaya! Tahniah daripada Ummi. Sebenarnya dah lama nak cuba pisahkan pampers dengan angah, tapi Ummi yang tak ada masa. Sibuk memanjang. Ini kebetulan cuti selama seminggu dan Ummi bersama anak-anak, ini masa terbaik.

belajar-tinggal-pampers

Lantaklah ada orang kata dah 3 tahun wajib dah buang pampers. Tapi Ummi okay jer kalau angah lambat sekali pun. Baru 3 tahun lebih kan, lepas ni dah pergi sekolah sendiri mesti dah boleh urus diri. Walaupun sekarang angah dah pergi kelas malam, walaupun berpampers angah dah pandai setting diri bila nak membuang hajat besaq dan juga hajat kecik.

Tips Anak Tinggalkan Pampers

Ummi hanya tunggu masa yang sesuai nak ajar Angah. Botol susu pun tahun ini baru berpisah, angah paling lama hisap botol. Sampai 3 tahun berbotol. Dan pampers pun Angah juara juga buat masa ni. Hahahah JUARA sebab pakai paling lama. Tapi Ummi tau, tahun depan dah ke kelas petang mesti Angah dah boleh sesuaikan diri. Apa sekalipun tahniah untuk cubaan hari pertama semalam untuk Angah.

Cara Angah berpisah dengan pampers adalah setiap jam Ummi suruh Angah ke tandas walaupun Angah cakap tiada hajat nak di tunaikan. Hahaha cabaran bagi Ummi, sebab kalau ter kucir di tengah jalan atau atas karpet ianya masalah besar untuk Ummi nak cuci dan bersihkan. Mana tidaknya semua ruang dalam rumah ini sebelum ini adalah tempat yang digunakan untuk solat wajib mahupun sunat.

Angah dah berjaya pada hari pertama, esok Ummi nak test lagi. Cuma malam masih belum ada keupayaan nak kejutkan anak setiap jam. Lepas ini Angah dah tak berpampers, kira ada la bajet lebih untuk Cik Sarah dan adik Zakkir. Boleh la belikan makanan kegemaran Zakkir dengan bajet pampers Angah.

Okay lah, siapa ada tips nak share dengan Ummi, bagi tips di bahagian komen ya. Ummi menghargai setiap komen dan pandangan yang dikongsikan. Harapa kita berukhwah bukan disini sahaja tapi hingga ke syurga. Amin

2 Comments

  • anuar

    Anak ketiga says Naila dah berumur 3 tahun 1 bulan.. sekarang ni masih pakai pampers lagi… ada juga belajar tak pakai pampers… tapi masih belum berjaya sepenuhnya.. berbeza dengan anak kedua saya Adam.. umur 2 tahun dah tak pakai pampers…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *