Umminani

Lawan Bowling Dengan Anak-anak di Wangsa Walk

Bowling Ummi Dengan Anak, Siapa Menang?

Hari ini Ummi off day sebab dah kerja hari Sabtu lepas. Rahsia, Ummi memang suka kerja hujung minggu sebab hari orang lain kerja kita cuti. Nak tengok wayang ka, nak main bowling ke semua senang dan mudah. Orang utara kata, lapang aih! Kali ini kami nak lawan bowling. Cer teka sapa menang?

teh-tarik

Kami sampai di Wangsa Walk jam 1030 pagi. Perut dah berkeroncong sangat. Pagi tadi memang tak sempat nak makan. Bangun subuh semua sendiri pagi ini. Ummi tengok jer gelagat masing-masing. Senang mai ai …! Sebab otak depa dah set nak pergi jalan-jalan. Cer kalau suruh buat benda lain, lambat ! Anak-owh anak!

anak-anak

Ini posing khas daripada peserta kali ini! Hahahaah Ada ke yang nak buat model baju kids ke apa? Kalau tak baju model lain lah, hehehe jual anak ini. Tapi depa ni memang model makanan tambahan dah sebelum ini. Lantikkan dari tahun 2013. Kot la ada tawaran lain, opss!

maisarah

Okay ini model cilik, bukan pemain tetap. Dan baling bola sekali ke dua kali dah tak nak. Asyik gelak  dengan tepuk tangan  tu jer la ckerja dia. Cekak rambut Cik Sarah ini baru beli tadi. Rm10.00 . Comel tak? Ini yang dia berkenan , Ummi ikut jer. Asalkan dia suka, tambah gedik abang-abang cakap  “Sarah Comel”.

cara-kanak-kanak-main-bowling

Ini aksi tengah main bowling tadi. Ummi curi-curi snap. Konon tengok markah masing-masing, walhal ke mana agaknya? Hahahaha , opss longkang! Ummi nak main Angah dengan Along berebut nak baling. Kiranya kami main 4 games hari ini.

bowling-budak-kecil

Ini aksi yang paling best Ummi dapat snap. Dan ini yang paling berjaya Along baling. Tertinggal 2 pin sahaja yang tak jatuh. Kira hebat la, yang ini tak pakai alat bantuan okay!.Tahniah Along, ini baru test kali pertama. Nanti Ummi bawa pergi main lagi yer.

bowling-kanak-kanak

Cik Sarah dengan aksi spontan. Along dengan Angah tu gitulah dari awal. Kau nak baling, aku nak baling! Tapi Ummi bagi syarat, tengok nama Along dulu, yang kedua Angah. Lepas tu baruah faham. Kalau tak memang perang jugalah depa ini. Tapi memang syok sangat jalan dengan anak-anak. Eh, mesti ada yang tanya, mana Abah? Abah kerja hari ini tak dapat ikut. Tapi thanks Abah sponsor kami main dan makan hari ini. Okaylah ini cerita hari off Ummi kali ini. Bye…siapa nak main bowling dengan Ummi? Jap, akhirnya pertandingan ini tak ada pemenang! Hahahahahah

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *