Review

Boboiboy Galaxy Pengembaraan Mencari Power Sphera

BoBoiBoy Galaxy Siri Baharu

Kali ini siri baharu BoBoiBoy , Gopal, Yaya, Fang dan Ying akan mencari Power Sphera yang lain . Rasanya dapatkah mereka selamatkan galaxy daripada ancaman kuasa jahat? Kuasa jahat bersungguh nak kan Power Sphera seperti Ochobot. Tapi berjayakah mereka?

boboiboy-galaxy-2016

boboiboy-galaxy-beraksi

Siri baharu ini akan menampilkan BoBoiBoy Galaxy dengan imej baru. Mereka semua lebih besar dan menarik. Kali ini berkonsepkan pengembaraan ke planet lain. Mereka akan merentasi dari satu planet ke planet lain untuk mencari Power Sphera seperti Ochobot. Mereka semua akan menyelamatkan Power Sphera daripada jatuh ke tangan kuasa jahat. Power Sphera mempunyai kelainan dan kemampuan luar biasa. Mereka mempunyai kuasa yang berbeza. Mampukah kuasa jahat untuk merampas mereka demi tujuan jahat? Saksikan Bsiri baharu ini di TV3.

BoBoiBoy dan rakan-rakan akan pergi ke planet-planet untuk meyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera.
BoBoiBoy dan rakan-rakan akan pergi ke planet-planet untuk meyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan BoBoiBoy Galaxy bermula pada 25 November 2016, setiap hari Jumaat jam 5.00 petang hanya di TV3. Boleh juga ikuti mereka di laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 . Siaran ulangan setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi dan layari portal video terbaik www.tonton.com.my .

boboiboy
Ummi Pun Teruja Untuk Menyaksikan Siri Baharu .

komik-bobiboy

Barangan Merchandise BoBoiBoy Galaxy

Sempena pelancaran BoBoiBoy Galaxy, pelbagai barangan merchandise disediakan. Ummi sangat teruja untuk dapatkan topi BoBoiBoy kuasa 7 untuk anak-anak. Boleh layari http://www.monsta.com/v2 jika berminat macam Ummi untuk dapatkan barangan hebat ini. Semuanya dengan harga yang terbaik.

topi-bobiboy

Setkan Tarikh Dan Masa Supaya Tidak Ketinggalan.

Banyak lagi yang bakal di lalui oleh mereka dalam mengharungi dan menentang kuasa jahat. Jom ajak anak-anak untuk sama-sama menonton dan bergembira bersama mereka. Dan pastinya salah seorang akan pilih watak utama dan rakan-rakan. Ummi dah kena jadi YAYA.. Along watak utama dan yang lain ada yang nak jadi Ying dan sebagainya. Gamat dah rumah kami dengan watak mereka semua. Siri baru yang lebih mencabar pasti membawa lebih kegembiraan untuk anak-anak. Tak sabar untuk menonton. Jangan lupa save tarikh dan masa okay.

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *