Penapis Air Cuckoo Jadi Pilihan Kami

Kenapa Ummi Pilih Penapis Air Cuckoo Tapi Tidak Jenama Lain?

Ummi dah lama mencari penapis air untuk digunakan di rumah. Tapi masa survey tu tak ada yang berkenan di hati walaupun ramai yang cadangkan pelbagai jenama penapis air. Ummi nak cari nak selesa dan mudah serta kos yang jimat. Mestilah nak yang jimat dan berpatutan untuk memastikan ekonomi stabil. Setujukan? Akhirnya Ummi pilih penapis air Cuckoo untuk di pasangan di rumah sendiri dan juga rumah mak di Perlis.

Kenapa Pilih Penapis Air Cuckoo Fusion Top?

Ummi pilih penapis air Cuckoo yang fusion top sebab kos bulanan hanya RM103.90 sahaja. Ada lagi satu tu namanya Icon. Ada beza kedua ini  satu harga dan juga liter air. Mulanya nak pilih Icon, tapi bila kaji balik samajer, dalaman kedua-dua jenis ini sama. Cuma Icon lagi menarik dan cantik. Selain itu, ada 3 jenis air yang keluar, panas, sejuk dan juga suhu bilik/warm yang sesuai untuk bancuh susu anak.

Ummi pikir punya pikir, akhirnya bincang dengan suami nak ambik Fusion Top. Masa duk bincang ni lah, suami cakap kalau kita nak beli untuk kita guna, dahulukan mak! Setuju sangat sebab mak dah tua di kampung, perlukan air yang baik untuk di minum. Kalau dulu mak nak beli tak mampu, tapi kini anak-anak mampu kenapa tidak. So, kami sepakat pilih untuk kami dan mak di kampung.
pemasangan-percuma-cuckoo

Cara Pendaftaran Yang Mudah

Ummi dengan Mr Suami decide nak pasang hari  Ahad 6 November 2016. Senang sahaja nak daftar boleh dilakukan secara online. Woouuu suka la, sebab nak keluar ke Mydin Mall Kajang ambil masa juga.

Jadi Ummi hanya wassap details dan agent terus buat pendaftaran. Cepat tau! Keesokkan harinya, terus Cuckoo International call Ummi untuk pengesahan. Dan selepas 2 hari, Ummi tengok dah ada potongan untuk advance RM103+ dalam akaun Ummi. Tiada deposit okeh!! Ummi dimaklumkan lepas potongan pertama di buat, pemasangan akan dilakukan. Semalam 10 Nov, dapat call daripada Cuckoo yang mereka akan pasang hari ini. Kebetulan memang cuti , jadi mudah sangat. Eh! Bukan kebetulan tapi perancangan Allah swt itu hebat.

servis-percuma-cuckoo

Seperti yang dijanjikan , hari ini jam 1130pagi sampai technician kat rumah. Pemasangan ambil masa dalam 40 minit juga. Kami puas hati dengan pemasangan oleh En Rahmat. Kemas sangat cara dipasang.

cara-pasang-penapis-air

Ini pemasangan di paip kat rumah Ummi. Kat rumah mak belum ada gambar. Kena balik kampung la nak tengok. Upgrade penapis air dulu untuk mak, lepas ni kena upgrade telefon pula la , nak ajar wassap..hehehe. Wajar yang diasang pun diikat kemas sangat. Lagi satu Ummi dapat percuma kepala paip dan saluran yang dua kat kepala paip tu. Maknanya, Ummi dapat air suhu bilik yang ditapis tanpa perlu keluarkan modal lebih. Puas hati dengan cara kerja dan juga explaination daripada En Rahmat.

cuckoo

Si Angah yang nak posing kat Penapis Air Cuckoo. Sibuk tau! Adeh…nak jadi blogger junior juga ni. Takpe Ummi doakan Angah boleh jadi blogger juga, tunggu pandai menaip okeh.

“Ummi masuk gambar Angah dekat Umminani.com tau” .. ahahah tu la ayat dia.

penapis-air-cuckoo

Penapis Air Cuckoo Yang Telah Siap Dipasang

Setelah siap dipasang . Kemas dan teratur dah kat rumah Ummi. Apa yang buat Ummi rasa best lagi nak tau tak sebab apa? Bila Ummi sibuk, anak-anak boleh tekan terus dan minum air daripada Penapis Air Cuckoo. Ini juga galakkan untuk anak-anak suka minum air kosong. Sebelum ini punya payah nak minum air kosong. Cuckoo membantu menyenangkan kerja Ummi di dapur.

penapis air cuckoo

Ph Air Alkali Yang Selamat

Inilah Ph air yang keluar daripada Penapis Air Cuckoo Ummi. Bacaan menunjukkan 9.1 bagi permulaan dipasang.

phchartcopy

Apa Itu Air Alkali

Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Air Zam Zam adalah air minuman yang terbaik kerana bersifat alkali dan mengandungi banyak mineral.

Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?

Air beralkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan asidosis.

Okay , siapa nak dapatkan Penapis Air Cuckoo boleh Contact YB Shehan +60123498262.

Wasaap jer, walaupun dimana pun berada boleh mendaftar melalui YB Shehan. Pemasangan akan dilakukan semuanya melalui technician yang bertauliah. Jom ubah air yang kita minum.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge