Review

Mumsluv Diskaun 70% sehingga Ahad ini!

 

Tahniah Mumsluv Atas Pembukaan Butik Pertama Di Bangi Gateway

Tahniah Mumsluv atas kejayaan membuka butik pertama di Bangi Gateway. Ini adalah kejayaan yang besar selama hampir 5 tahun dipasaran. Pengasas Mumsluv Puan Aida Fazlin yang merupakan Director Mumsluv Sdn. Bhd. dan Alfan Network Sdn. Bhd. dari tahun 2012.

 

Ini adalah antara koleksi Mumsluv yang menjadi kegilaan ramai termasuk mereka yang belum berkahwin, remaja dan mudahnya sesuai untuk semua peringkat umur.
Ini adalah antara koleksi Mumsluv yang menjadi kegilaan ramai termasuk mereka yang belum berkahwin, remaja dan mudahnya sesuai untuk semua peringkat umur.

Beliau yang asalnya seorang pensyarah mengambil keputusan untuk berniaga demi memenuhi permintaan ramai ibu yang ingin mengenakan pakaian yang sesuai dan pada masa yang sama dapat menyusukan anak. Maka lahirlah jenama MUMSLUV.

Sebagai seorang ibu, Puan Aida amat memahami kehendak dan keperluan seorang ibu. Maka, hasil daripada brainstorming bersama teamnya, lahirlah Mumsluv dan mereka menempa kejayaan yang banyak sebagai usahawan dalam bidang ini. Mumsluv dipilih kerana mereka ingin menjadi sebahagian daripada pencetus kepada inspirasi ibu.

Koleksi baju di bahagian dalam Mumsluv
Koleksi baju di bahagian dalam Mumsluv

mumsluv

Koleksi Yang Memenuhi Syariah

Koleksi Mumsluv memenuhi impian seorang ibu. Pelbagai rekaan yang dicetus memenuhi kehendak ibu masa kini.  Sesuai untuk digayakan di pelbagai situasi dan keadaan. Antara koleksi Mumsluv yang terbaik adalah

MEYRA T-shirt

CANELLIA Blouse Mint green

ERICA Dress Purple

Dress SYIFA 3.0 Mocha

Perasmian Butik Pertama Mumsluv
Perasmian Butik Pertama Mumsluv

Perasmian Butik Mumsluv dirasmikan oleh ayahanda kepada Puan Aida. Seronok dan terinspirasi dengan kejayaan Puan Aida dan keluarga. Sokongan keluarga juga adalah contoh terbaik untuk mencapai kejayaan . Ummi sendiri terinspirasi dengan keluarga berjaya ini.

umminani

Kami sekeluarga berasa bertuah kerana di jemput ke Private Launching butik pertama mereka pada hari Sabtu lalu. Kami doakan lebih banyak kejayaan akan di capai oleh butik mereka.  Tahniah kerana menjadi jenama yang dipercayai oleh LAZADA, dan lain-lain interent store terkenal. Selain itu tahniah kerana berjaya menjadi jenama yang menyokong penyusuan ibu. Tahniah Mumsluv.

pelanggan-setia-mumsluv

Tengok ini wajah kegembiraan kakak kita yang mana beliau adalah pelanggan setia kepada butik Mumsluv. Ummi dengan mummy Lin  pun dah terjebak dengan Mumsluv. So, siapa nak dapatkan koleksi ini dengan diskaun 70% boleh lah ke Butik mereka. Tahniah Mumsluv.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *