Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Mess Night Pegawai Kanan Polis Satu Acara Penghormatan

Mess Night Pegawai Kanan Polis Satu Acara Penghormatan Kepada Pegawai Kanan Polis

mess-night-polis

Mess Night bermaksud malam mess dalam bahasa Melayunya….Upacara Mess Night hanya boleh dijalankan apabila sesebuah jabatan dalam PDRM mempunyai Mess mereka sendiri, begitu jua dengan Upacara Mess Night juga boleh dijalankan oleh Ketua-ketua Polis negeri yang mempunyai Mess di peringkat Kontinjen, sebagai contoh bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam mempunyai Mess mereka sendiri iaitu di Bukit Aman dan Pengerusinya adalah Pengarah Jab. KDNKA iaitu Dato’ Seri Muhammad Sabtu Bin Osman, apa yang uniknya bagi Pasukan Gerakan AM yang berada di bawah Jab. KDNKA Briged-bridge Komander boleh menjalankan upacara Mess Night bagi peringkat Briged kerana mereka mempunya Mess mereka sendiri. Sebelum saya mengarang dengan lebih panjang, maksud Mess itu ialah tempat istirehat atau pertemuan bagi Pegawai-pegawai Kanan dalam PDRM sahaja bukanya pegawai rendah polis.mess-night-pdrm

Ada beberapa kategori Mess Night yang biasa dijalankan dalam PDRM iaitu Dinning In untuk menyembut Pengarah yang baharu. Dinning Out iaitu bagi meraikan persaraan Pengarah.  Ada juga Upacara Mess Night yang lain seperti bagi menyambut Hari Polis, Hari Keputeraan Sultan2 & Raja dan mengikut kesesuaian dan arahan pucuk pimpinan tertiggi PDRM bagi menjalankan satu2 upacara Mess Night.

Upacara Mess Nigth ini berlangsung dengan adat istiadatnya sendiri, memang tidak dinafikan bahawa Upacara Mess Night ini adalah daripada adat peninggalan zaman British di Tanah Melayu. Jika dahulunya Upacara Mess Night antara hidangan yang wajib ialah arak, tapi kini zaman telah berubah dengan kedatangan dan tersebarnya agama Islam di Tanah Melayu minuman arak telah diganti dengan minuman seperti Ribena, Sirap dan sebagainya.

malam-mess-pegawai-pdrm

Bagi satu-satu permulaan Mess Night, para dif-dif jemputan akan duduk menantikan Pengerusi Mess itu sendiri. Bermulanya Mess Night dimana Panji-panji(bendera) Batalion yang terpilih akan diarak masuk dengan diiringi oleh alunan Beg Paip oleh pancaragam pasukan. Apabila panji-panji diarak masuk para hadirin semua diwajibkan berdiri sebagai tanda hormat terhadap bendera ini adalah budaya dalam PDRM. Selepas panji-panji itu diletakkan dalam tempat khas oleh Pegawai pembawa panji-panji, beliau dan pasukannya akan keluar dari dewan sajian. Para tetamu tidak boleh keluar dari dewan kerana panji-panji masih berada didalam dewan sajian. Acara berikutnya Pengerusi Mess akan berdiri dan akan memgambil penukul seterusnya mengetuk meja 2 kali bagi semua para hadirin bangun untuk minum air Sirap atau jus apa yang disediakan, sebelum minum Tuan Naib (iaitu pegawai paling muda umurnya dalam dewan sajian) akan berdiri dan akan mengucap seperti:

‘Tuan2 sila bangun bersama-sama saya”.

Maka para hadirin akan bangun. dan seterusnya Tuan Naib akan berucap seperti :

“Minum untuk Yang Dipertuan Agong”.

Seterusnya sampailah minum untuk pembesar2 Melayu. Upacara seterusnya ialah Pegawai Pembawa Panji-panji dan pasukkanya akan berarak masuk utuk mengambil panji-panji untuk diarak keluar dari dewan sajian, selepas panji-panji diarak keluar barulah para hadirin semua boleh keluar dari dewan sajian sebagai contoh untuk ketandas dan sebagainya.. Acara dinanti2kan akan berlangsung dengan bermulanya alunan muzik dan nyanyian dari artis PDRM / artis jemputan sambil sajian makanan di arak masuk oleh para pramu saji hotel.

received_1206191762762193

Ini antara menu yang disediakan, selain daripada bubur dan juga roti. Bila pergi ke Malam Mess bukan makan jadi keutamaan, tapi adalah satu majlis untuk beramah mesra sesama pegawai. Syukur tahun ini, kami dapat peluang untuk hadir ke Mess Night bersama. Nanti Ummi share lagi apa yang menarik di Mess Night , versi sambungan. Terima kasih sudi membaca.

 

 

 

 

 

 

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *