Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kami Juara Bowling PERKEP JSPT Bukit Aman

Kami la Juara… Juara.. Berlagak Jadi Juara Bowling PERKEP Trafik Bukit Aman!

Nak cerita disini , Jumaat lepas kami ada pertandingan Bowling PERKEP Trafik Bukit Aman. Alkisahnya masa sebelum main lagi Team Umminani dah havoc! Hahahah i support depa ni . Mana tak nya, usaha depa nak dapatkan sponsor memang tabik spring. Akhirnya berjaya untuk dapatkan sponsor dari atas ke bawah. Hahahahah terbaiklah semua geng Urusetia / Kawalan Lalulintas.

perkep-trafik-bukit-aman

Ini team kami , serba kuning. Tudung Pucci ini pemilihan oleh Konst Ara. Thank You Ara and Nurul yang usaha gigih nak cari tudung seragam.  Dan baju pula usaha gigih terlebih gigih Puan Muhaizan dengan Puan Nurul kita! Mana tak gigih , waktu rehat keluar pejabat redah jalan jem p tempah baju …jadi model, ambik gambar baju ini, baju itu dan last sekali pilih warna superb terang ini.

insp-polis-wanita

Owh, masa pertandingan bowling kali ini ada “Jemputan Khas” dari Trafik KL. Mereka ini dijemput atas tiket “persahabatan”. Ini gambar Ummi dengan SJN Zaitun, anggota Ummi masa kerja di KL dulu. Tahniah dah naik pangkat kak Tun!.

perkep-bukit-aman

Kenangan Dengan Isteri Boss di Pertandingan Bowling PERKEP

Ini pula dengan isteri-isteri boss yang gojes wehh! Alahai cemburu aih kat depa ni lawa sangat walaupun anak-anak dah besar dan Puan Mastura dah bercucu still gojes. Dok korek rahsia depa tak habis lagi. Bersama dalam gambar ini Puan Nooraini isteri kepada Supt Mustafa Bakri , KPP Penguatkuasa dan Puan Ruhaya isteri Timbalan Pengarah ACP Ruslan Khalid. Ummi dengan Puan Aya ini sejak 2011 sampai la ni berkawan baik. Bagi Ummi , walaupun husband mereka ini pangkat besar, kita berkawan bukan sebab pangkat dan darjat, tapi atas nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Yer la, masa kenal Puan Aya masa tu Tuan Ruslan masih lagi DSP. So, kesimpulannya kita ni kawan sahaja dengan siapa-siapa . Jangan meletak rezeki tu depa bagi, sebab rezeki itu Yang Maha Kaya yang pegang! Dia akan bagi pada siapa DIA kehendaki. Ini yang ramai orang silap. Dok ingat rezeki pangkat itu boss bagi… taubat!

perkep polis-trafik

Kami JUARA pertandingan bowling PERKEP Trafik 2016

Ini team Bowling Ummi. Kami dapat no.3 keseluruahan. Jika pertandingan ini hanya untuk Trafik Bukit Aman, kamilah JUARA sebenar. Tapi apakan daya , jemputan dikira sebagai pemenang juga. Sikit terkilan, kerana penyertaan mereka tiada dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini. Tiba-tiba atas jemputan “KHAS” mereka ada disini pada hari pertandingan. Cuma terkilan sebab rasa seronok di jiwa anggota dan pegawai awam Trafik Bukit Aman dirampas oleh Trafik KL. Semoga tidak berulang lagi pada masa akan datang. Ummi walaupun pegawai , tiada suara untuk bersuara sebab “KUASA” ditangan “URUSETIA” . Tapi syukurlah, team kami menang.

trafik-bukit-aman

Juara Baju Unifrom Tercantik

Nak cerita excited mereka ini mencari sponsor baju dan sebagainya. akhirnya team kami jadi JUARA baju cantik! Tahniah semua atas daya usaha superb gigih. Kalau buat kerja super gigih juga lagi baguss!! Yeayy, Cawangan Urusetia / Kawalan Lalulintas memang terbaik. World bak kata Penolong Pengarah kami DSP Bakri.

ummi

Ini aksi Ummi masa main. Skor keseluruhan 279 sahaja. Okaylah kan, dah lama tak main game ni. Ini baru nak panas semula. Dimaafkan okay! Nanti nak kena training lagi, sebab tahun depan nak main sungguh-sungguh di tempat baru. Nak jadi juara! Boleh gitu? Ala , doakanlah yer. Okay lah tu jer nak kongsi kisah perjalanan  pertandingan bowling Perkep 2016.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *