Saya dan keluarga

JUZQ30 bantu Ummi jana pendapatan sampingan

3 Tahun Belajar Berniaga, Mudah Ke Sebenarnya?

Hari ini nak kongsikan bagaimana Ummi bermula berniaga. Pada tahun 2012, berjumpa seorang kawan yang berstatus sebagai pensyarah. Hebat dan rasa inspire seorang pensyarah berniaga. Bukan perkara biasa bila pensyarah berniaga, sebab kebiasaannya golongan profesional lebih selesa bekerja di pejabat.

Sehinggalah Ummi mula terjebak dengan bermula berniaga E-Cosway Farmasi. Pada awal penglibatan Ummi tak tahu yang E-Cosway adalah satu perniagaan Franchise. Ummi serius gila buat, cari networkig dan share kebaikkan dengan ramai kawan-kawan. Ada la dua tiga orang kawan yang join. Namun begitu, walaupun dapat buat beribu ringgit pada bulan pertama , ianya tak semudah itu.

Banyak yang perlu dilalui untuk memastikan cukup kuota orang yang dicari dan jumlah akaun yang dibuka. Lepas habis training di HQ, baru kami dapat tahu nak dapatkan kedai bukan mudah. Ada beberapa syarat perlu di lengkapi dan modal juga agak tinggi.

Ummi berbincang dengan suami samada nak teruskan atau tidak. Lepas tu kami buat keputusan,  bagi kawan baik dulu buat business ini. Selepas beberapa bulan, jumpa semula kakak ini beritahu ” Banyak  perkara perlu di selesaikan. Lepas tu Ummi berdiam diri sehinggalah tahun 2013 kami bertemu denegan Produk JUZQ30 by dr tengku Asmadi. Sejak anak-anak amalkan JUZQ30 ini menampakkan hasil, maka kami setuju untuk buat perniagaan JUZQ30 ini bersama Tun Nurul Huda.

juzq30-pengedar

JUZQ30 Sumber Pendapatan Sampingan

Alhamdulillah kini masuk tahun ke 3 bersama team DTA untuk memasarkan produk keluaran syarikat. Sebenarnya nak berniaga ini  tak susah, kita guna dan kita kongsi apa kebaikkan produk. InsyaAllah, bila kita berkongsi dan meletakkan bukan profit keutamaan  berniaga jadi lebih seronok.

Sebab itu, kan Ummi cerita ada pahit manis dalam berniaga, bila dah berkongsi kebaikkan produk, ada kawan-kawan beli dan nak kesan yang sama, maka akhirnya secara tidak langsung jadilah berniaga sumber pendapatan sampingan.

Ummi nak kongsi dengan lebih ramai orang untuk mencuba produk keluaran syarikat. Nak mula berniaga mudah, beli dan rasai kehebatan produk, share pada kawan-kawan. Siapa nak cuba boleh hubungi Ummi. Ummi ajar sekali pemasaran online di Instagram.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *