Ibu kami sayangkan ibu selamanya…

Ibu, kami sayang ibu.

Kisah ibu ini dah lama Ummi simpan untuk dibaca dengan penuh rendah hati. Keadaan ini berlaku pada setiap masa dan ketika pada zaman serba moden ini. Mana satukah keutamaan? Kereta, sport rim, rumah atau ibu yang melahirkan?
img-20160423-wa0041
Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata, “Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur “Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;”Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .12 bulan X 60 = RM720. Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.Lalu terkenangkan zaman kecilnya. Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”. Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagiaan..”anak-syurga
Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam begitu sahaja. Berkongsi kepada orang lain, supaya kita semua mendapat manfaat daripadanya. Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

Penulis asal Ummi sendiri tak rekodkan. Mohon maaf jika penulis asal membaca, halalkan entry ini untuk tatapan semua. Semoga penulisan yang baik ini dapat menjadi sebahagian saham akhirat kita semua. Jom telefon ibu, mak atau Ummi kita , restu dan  mereka selagi mereka hidup.

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge