BERSIH 5.0 Stand By Dengan Anak-Anak

Cabaran Wanita Bekerjaya!

Nampak indah bekerja dan ada duit sendiri. Namun begitu berapa ramai wanita yang inginkan kebebasan dan nak bersama anak-anak setiap masa. Pada masa yang sama dapat bagi tumpuan pada suami dan anak-anak?

BERSIH! Kali ini standby sekali dengan anak-anak.

Kami telah dimaklumkan awal bahawa jalan akan ditutup bagi memasuki KL. Dan kebetulan Mr Suami kena bertugas daripada semalam, jadi kami decide untuk tidur di surau pejabat. Sini luas dan selesa untuk anak-anak berehat, bermain dan menonton movie.

received_1216289085085794

Bila siang menjelma, bagi mereka makan makanan yang dibawa dari rumah. Ummi siapkan bekalan nasi putih dan juga ayam goreng dah cukup untuk mereka mengisi perut.

received_1216288931752476

Kadang Ummi lupa bersyukur dapat anak-anak yang baik dan masih boleh dengar kata. Sedangkan kat luar sana  raami ibu ayah yang anak baru seorang tapi sikap anak tu “boleh tahan”.. Kadang pikir balik, salah anak atau salah mak ayah yang besarkan anak jadi gitu?

Jawab sendirilah..yang penting sebagai mak ayah kita ni yang kena didik anak betul-betul. Bukan serahkan atau rampas kebahagiaan mak kita untuk duduk dengan kita demi semata-mata jadi pembantu di rumah anak sendiri.

received_1216288211752548

Ummi jaga anak mudah, ada makan minum, tempat tinggal dah kira bagus. Ini seharian Ummi redha sahaja depa main dalam surau kat pejabat. Terguling terbalik, nak main apa main lah..asalkan jangan ganggu Ummi dengan abah.

received_1216464848401551

Bila dah penat, inilah gaya terbaik daripada mereka dah penat main, makan dan berlari. Bukan mudah bawa anak pergi pejabat.  Ianya perlukan kekuatan mental okay.😆😆😆

Tips Anak Cemerlang

Ummi nak kata anak Ummi pandai itu belum tahap anak Prof Muhaya dan Dr Tengku Asmadi. Tapi Ummi tau doa ibu ayah adalah doa terbaik untuk anak-anak. Dan sebagai ibu ayah penting sangat untuk anak belajar berdikari. Bagi Ummi bawa anak-anak ke pejabat juga cara ajar mereka berdikari. Along kena bantu Ummi tengok adik-adik dan yang lain juga kena “behave”.

Nak anak jadi behave ini, kita juga boleh galakkan anak-anak makan makanan sunnah yang banyak di pasaran. Bukan apa, jika mereka sentiasa makan dari sumber yang betul dan baik , maka rezeki itu akan mengalir jadi darah daging yang membentuk sikap anak-anak. Jadi akhirnya bila dalam darah anak-anak ada benda baik, jadilah baik keseluruhannya. Kan??

BERSIH 5.0

img-20161119-wa0028

Semoga negara kita kekal jadi negara yang aman dan damai. 😉Keburukkan perhimpunan sebegini adalah salah satunya sampah!! Sabar jer la… Jam 545petang tadi dah nampak mereka yang sertai perhimpunan dah mula berunsur balik. Jadi doakan kami juga dapat stand down awal. Amin.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge