Isu Masyarakat,  Review Produk Dan "Event"

Bagaimana Nak Dapatkan Ketenangan Jiwa Dengan Teknik “KUNGFU”

fadzli-yusuf-nlp
Ummi terbaca pasal Teknik ni di wall Tuan Haji. Dan perkongsian ini sungguh bermanfaat. Ummi nak jadikan perkongsian ini satu nota peribadi untuk Ummi  dan sebagai ingatan diri. Kawan-kawan Ummi yang membaca boleh follow Tuan Haji dan boleh juga belajar dengan Tuan Haji ya.

==========
K.U.N.G.F.U
==========

K – KEMBALILAH KEPADA PENCIPTA.

Ini yang ramai lupa. Walaupun sebenarnya inilah tujuan utama kita. Tak salahkan sesiapa, kadang kadang kesibukan hidup buatkan kita alpa. Akhirnya bila ditimpa masalah, jiwa menjadi tidak bermaya.

Kita mudah gundah gelana. Walau harta berganda ganda. Rumah banyak tidak terkira. Kereta mewah di sini sana. Namun tidak terasa bahagia. Apa penyelesaiannya?

Kembalilah kepada pencipta. Dialah Allah yang Maha Kuasa. Pemegang hati semua. Bila keluh kesah, segera berwudhu dan solat sunat walau sekejap sahaja. Zikir jangan dilupa.

Percayalah, di sana ada sumber kekuatan jiwa. Bukankah Allah telah berfiman dalam kitabnya yang Mulia “ Sesungguhya, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang”.

U – UCAPKAN YANG BAIK BAIK SAHAJA.

Orang yang cakap baik baik, akan dapat perkara yang baik baik. Ia umpama magnet. Semua yang kita ucapkan akan menarik perkara buruk atau baik. Bila ditimpa musibah , segeralah tarik break. Jangan cepat keluarkan perkataan yang pelik pelik.

Tekan butang pause.

Bertenang dahulu seketika. Jangan salahkan sesiapa. Cuba kawal suasana. Segera ucapkan kalimah yang mulia. Alhamdulillah. Allah berikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak segera.

Namun percayalah, ada sesuatu yang baik sedang Allah rangka untuk kita. Sebab itu, kekalkanlah cakap yang baik baik . Kebaikan itu akan kembali kepada diri semula.

Hayati Firman Allah , “ Sesungguhnya Aku bersama dengan sangkaan HambaKu”. Apa yang kita doakan, itulah yang kita akan dapat segera. Betul ya?

N – NASIHAT SEBAGAI MAKANAN JIWA

Bayangkan anda tak makan selama tiga hari? Bagaimana pula kalau seminggu? Apa akan jadi pada badan anda?
.
Ya. Lesu. Tidak bermaya. Tiada tenaga. Badan jadi lemah. Nak bergerak pun tak larat. Fizikal kita dapat tenaga dari makanan dan minuman. Itu semua orang tahu.

Ada satu lagi unsur dalam diri kita yang perlukan juga makanan. Ya… Jiwa. Jiwa sangat laparkan nasihat ataupun tazkirah. Majlis ilmu sebagai makanan yang sangat lazat bagi jiwa.

Firman Allah, Berikanlah peringatan (tazkirah / nasihat), sesungguhnya ia sangat bermanfaat untuk orang beriman.

Berapa lama kita tidak beri makan kepada jiwa kita? Jiwa yang kelaparan mudah gelisah. Keluh kesah. Hidupnya gundah. Sering marah marah. Benda yang senang dianggap susah. Ketenangan hilang lalu hidup penuh gelabah. Pasrah. Mudah mengalah.

Justeru, hadirilah majils ilmu sebanyak banyaknya. Ia ada di mana mana. Offline ada, online pun ada. Bantu diri untuk bangkit segera. Jangan duduk saja dan tak buat apa. Kelak diri sangat merana.

Pelajari NLP untuk bangkit segera. Ia ilmu praktikal , mudah dan berimpak tinggi. Mudah mudahan ia membantu anda.

G – GALI POTENSI DIRI

Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kadang kadang kita buat bukan apa yang kita kuasai. Menyebabkan kita cepat patah hati.

Potensi diri mesti digali. Untuk tingkatkan kualiti diri. Bila sudah tahu potensi diri, baru jiwa jadi kuat dan tidak mudah patah hati. Jiwa pun mudah jadi tenang dan ingat Ilahi.

Ada satu pepatah lama. Barangsiapa yang kenal dirinya, akan kenal Tuhannya. Bila tahu diri dijadikan sebaik baik pencipta, kita lebih menghargainya. Ketenangan akan menyerap masuk di dalam jiwa.

Banyakkan bacaan yang menambah ilmu di dada. Khususnya dalam bidang penerokaan diri dan jiwa. Pelajarilah Ilmu NLP, ia ilmu yang sangat powerful untuk membantu proses mengenal potensi diri.
.
Kerana kita tahu, setiap kita di jadikan sebagai sebaik baik kejadian, dan kita akan bertindak seperti itu jua.
.
.
F – FIKIRKAN YANG POSITIF
.
Apa yang difikirkan , itu yang kita terima. Dalam otak kita, ada satu signal ajaib yang tercipta. Namanya Reticular Activating Sistem. Ia menarik apa jua, positif ataupun negatif tiada bezanya.
.
Ada sesetengah kajian menamakannya sebagai Law Of Attraction. Hukum daya tarikan. Kalau jiwa tertekan, signal yang keluar dan masuk juga ialah tekanan. Semakin fikirkan tekanan, semakin jiwa tertekan.
.
Sebab itu kena fikir yang positif. Akan keluar aura yang positif. Signal yang diterima juga yang positif. Hidup yang pasif akan menjadi aktif. Hati yang keras bertukar menjadi latif. Indahnya dunia bila semuanya produktif.
.
.
U – UNTUK REDHA ALLAH
Ini nasihat yang terakhir dalam tips Kungfu . Inilah tujuan nombor satu. Jiwa tenang bila tidak mencari selain redha Allah yang satu.
.
Biarlah seluruh dunia bersatu, untuk menjatuhkan kita hingga terduduk bisu. Atau seluruh dunia bersekutu mengangkat kita untuk mengampu. Tidak akan goyah jiwa itu.

Kerana waktu itu, fikiran dan hati telah bersatu. Untuk mencapai Redha Allah yang satu. Tiada apa yang boleh mengganggu.

Nak Upgrade Diri , nak jadi orang yang beraya ?  Klik Sini: Seminar Impak 

Penulis :
Hj Fadzli Yusof

Saya copy dan paste untuk ingatan diri sendiri. Terima kasih Tuan Haji.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *