Review Produk Dan "Event"

Nak Tahu Amalan Sihat Ummi Untuk “Maintain”?

Amalan Sihat Ummi…Bukan Rahsia… 

Hari Jumaat lepas Ummi ada lunch date dengan Mr Suami. Kami lunch di Blue Wave Hotel Shah Alam. Ummi pernah share menu makan tengahari di sini untuk buffet. Memang makanan disini sedap sangat dan sesuai dengan menu yang dihidangkan. Kira berbaloi dengan suasana dan nilai ringgit yang kita bayar. Dan disini Ummi pilih untuk terus dengan amalan sihat Ummi nak makan makanan yang berkhasiat.

blue-wave-hotel-shah-alam

Royal Songket sediakan buffet tengahari bermula jam 12 tghari sehingga 3 petang. Jadi, jika dah bosan makan di luar, boleh cuba makanan disini. Ummi suka sebab ada makanan yang sihat dan segar disediakan disini.

buffet-di-blue-wave

Sekali sekala, penat bekerja bersama di pejabat kita mesti curi masa untuk bersama pasangan. Kemesraan bertambah erat jika selalu amalkan begini. Apa salahnya jika kita bersama orang tersayang seketika. Makan bersama, hidangkan Si dia dengan makanan…ala-ala romantik gitu.. hehehe

harga-buffet-di-blue-wave-hotel-shah-alam

Untuk tengahari ini Ummi hanya ambil makanan yang light sahaja. Dan memang nasi tak makan langsung. Bukan apa sebab Ummi masih dalam mode untuk turunkan berat badan, jadi makanan seharusnya di jaga. Heeheh .. tak sabar nak share dengan kawan-kawan apa hasil Ummi amalkan kurang minum manis dan mestilah dengan Killoss.

menu-diet-amalan-sihat

Ini makanan yang paling Ummi suka disini. Serius kalau makan ni tengahari dah cukup bagi perut rasa selesa dan masih ada tenaga untuk bekerja pada waktu petangnya.

umminani
Kesayangan yang selalu bagi support. Thank You Sayang

Ibu kepada 4 orang anak – “Maintain” Dengan Killoss

Siapa yang selalu baca blog Ummi, mesti dah tahu hal anak-anak Ummi yang 4 orang ni kan. Adik Zakkir sekarang dah 8 bulan. Walaupun masih Bf Ummi amalkan Killoss tanpa masalah. Sebelum ini, Ummi ada update yang ada sikit berat turun selepas amalkan selama sebulan. Tapi, dengan usaha gigih selama lebih 2 bulan dan masuk botol ke-2 , yessss! Its works. Suka sangat, sebab mula-mula berat memang tak ada perubahan, tapi masuk botol ke-2 Ummi rasa perbezaan. Baju yang dah lama tak pakai, kini dah boleh sarung. Yeayy!

killoss
Ambil setiap hari 2 biji pagi dan 2 biji malam untuk kekal sihat dan cergas.

Gambar Terbaru Setelah 2 bulan Lebih Amalkan Killoss

Gambar terbaru kat bawah ini, semasa BERSIH 5.0 19 November lepas. Sebab Uniform tak banyak, jadi dengan hujan dan cuaca lembab baju yang dibasuh tak sempat kering. Ummi nekad nak pakai Uniform yang mana Ummi dah lama tak pakai. Uniform ini saiznya kecil daripada sebelum ini. Syukur… tapi memang kena bersungguh untuk kurus. Serius, jika betul-betul amalkan Killoss dan diet yang sesuai serta kurangkan manis mesti dapat hasil. Kini berat Ummi tinggal 79 kg.. Syukur.

killoss-untuk-kurus
Killoss untuk kurus. Betul, memang berkesan. Ini baju lama yang sebelum ini ketat! Kalau nak pakai mesti pakai corset BEAUTIFUL. Sebab nak bagi badan nampak slim! Kini , dah berani pakai Uniform tanpa Corset! Syukur.

Okay itu sahaja sharing Ummi buat masa ini. Teruskan membaca ya.. Banyak lagi Ummi nak share dengan pembaca blog Ummi. Bye.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *