• Kerjaya,  Umminani

    BERSIH 5.0 Stand By Dengan Anak-Anak

    Cabaran Wanita Bekerjaya! Nampak indah bekerja dan ada duit sendiri. Namun begitu berapa ramai wanita yang inginkan kebebasan dan nak bersama anak-anak setiap masa. Pada masa yang sama dapat bagi tumpuan pada suami dan anak-anak? BERSIH! Kali ini standby sekali dengan anak-anak. Kami telah dimaklumkan awal bahawa jalan akan ditutup bagi memasuki KL. Dan kebetulan Mr Suami kena bertugas daripada semalam, jadi kami decide untuk tidur di surau pejabat. Sini luas dan selesa untuk anak-anak berehat, bermain dan menonton movie. Bila siang menjelma, bagi mereka makan makanan yang dibawa dari rumah. Ummi siapkan bekalan nasi putih dan juga ayam goreng dah cukup untuk mereka mengisi perut. Kadang Ummi lupa bersyukur…