Saya dan keluarga

Lego Jadikan Anak Lebih Kreatif

Lego buka minda anak jadi kreatif

Ummi adalah ibu yang jarang belikan anak mainan. Cuma kalau dalam setahun boleh bilang berapa kali yang Ummi belikan mereka mainan. Biasanya pada hari ulangtahun kelahiran mereka. 4 orang anak stu cbaran untuk poket Ummi belikan mainan. Tapi kalau mainan itu mampu berikan mereka kebaikkan memang sanggup berhabis untuk anak. Contohnya Lego memang Ummi suka belikan untuk mereka. Bukan sahaja dapat buka minda jadi lebih keratif, tapi boleh didik anak untuk duduk diam.

lego-anak lego-ioi-mall-city lego-mainan

Bila berjalan ke luar, kami sekeluarga suka ke IOI Mall City untuk layan movie atau window shopping. Anak-anak juga suka kesini kerana disini ada pusat LEGO . Hahaha agak-agak la, Ummi belikan ke setiap orang Lego yang mereka nak? Setiap karektor yang kita pasang, kalau nak beli 3 orangRM30.00+. lego-malaysia

Along tengah aim untuk beli lego yang dijual ikut sukatan bekas. Sebab lebih banyak block dan boleh pilih apa yang nak direka. Masing-masing ada kegemaran masing-masing. Jadi, Ummi hanya belikan mereka satu set lego classic. Mereka boleh bermain bersama dirumah. Kalau nak ikutkan setiap kehendak yang berbeza, mana boleh. Boleh, tapi tunggu bithday atau apa-apa kejayaan yang ditempa. Baru dapat hadiah daripada Ummi dan abah.
princess-lego ummi-nak-lego

View this post on Instagram

Lego @ IOI City Mall

A post shared by Umminani (Nooraini Ali) (@ummi_nani) on

Cik Sarah beria nak Lego and friends. Bukan Cik Sarah sahaja, Ummi pun terpikat sebenarnya. Hahaha kantoi. Sebab geram tengok karektor semua comel-comel jer. Ada yang pakai lipstik dan eye shadow dan lain-lain. Ada tu Ummi tengok sangat best, siap ada macam taman Lego. Huhhh, masuk sini bukan 10minit tau, tapi dekat sejam. Hahahaha, mujur kami jalan masa ornag lain bekerja jadi pekerja kedai yang mesra itu pun layan jer kami semua.

Siapa sini minat lego juga? Geram bertambah gera bila tengok di instagram hashtag lego, huhhh ramainya peminat lego. Siapa buat koleksi lagi. Itu kalau campur semua kos mesti beribu. Pendapat Ummi, Lego juga boleh dijadikan bahan terapi dalam psikologi. Jadi apa salah lepas ini, yang masih ragu-ragu nak membeli Lego, beli jer dan buat apa benda yang disukai. Ummi yakin dan percaya perasaan heaven dan keriangan menera di jiwa. Okay lah, siapa ada hobby yang menarik , boleh kongsi kan di komen. Bye

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *