Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Islam adalah agama terbaik, tetapi kenapa orang Islam yang banyak masalah?

Islam adalah agama terbaik, tetapi kenapa orang Islam yang banyak masalah?


Dalam islam, objektif menjaga diri daripa bahaya dadah adalah kerana agama, jiwa minda, dan menjaga harta benda. Aspek kerohanian, menekankan jiwa. Dalam persepektif islam, jiwa yang tenang sangat memainkan peranan.

Jpeg

Nilai-nilai kerohanian amat dititik beratkan dalam islam. Tuhan menilai manusia daripada kerohanian dan kesucian roh manusia. Contohnya, manusia yang kerohanian mantap tidak akan terlibat dalam penyalah gunaan dadah. Sebaliknya, mereka yang berada di pusat serenti 80% adalah islam. Sama-sama kita.muhasabah. Islam agama yang sempurna tapi penghanutnya tidak. Siapa setuju?

Roh manusia terbiar, sebab tu berlaku kecelaruan. Akal yang waras adalah amanah. Jika otak kita rosak, itu makna kita tak jaga amanah. Sebab itu, isu halal ini juga penting.

Negara China melihat persepektif makanan halal sangat tinggi. Mereka melihat aspek halal ini untuk keharmonian jiwa dan bangsa mereka. Oleh sebab itu, bukan Islam juga mencari makanan halal.

Dalam Al quran mentions roh atau the soul, the spirit (aqal) intellect, the self (nafs) pyschology atau dalam bahasa lain ammarah, lawwamah, mutmainnah dan jugathe heart (qalb).

Setiap yang diatas bumi adalah kerana nafsu ammarah . Ini terdiri daripada jiwa yang suka marah. Kita sebagai individu, perlu kawal diri dengan akal.

Nafsu Lawwamah bermakna suka kritik tuannya. Kenapa suka buang masa banyak, kenapa perlu makan banyak dsbnya. Kritikkan ini membina, ini adalah positif.

Nafsu mutmainnah adalah kawalan nafsu secara tenang. 3 Tahap nafsu ini ada dalam diri manusia.

Bagaimana nak capai jiwa yang tenang?
Baca nota di slide . Kuncinya solat.

Jpeg

Jpeg

Kenapa ramai non muslim yang masuk Islam?

Selagi tiada hubungan kerohanian dengan pencipta, theori apa juga tidak akan memberikan ketenangan kepada jiwa. Keutamaan solat adalah “mengingat Allah swt dalam solat”. Sebab itu mereka mencari ketenangan di dalam Islam.

Solat yang berkualiti, boleh improve spitirual life dan boleh memberhentikan masalah sosial. Jadi, bagaimana kita nak didik anak? Jawabnya mudah, ajari anak-anak dengan solat.

Kenapa ramai orang Islam tidak solat dengan baik?

Jpeg

Implikasi mereka yang solat, tapi tidak faham apa yang dibaca, itulah punca. Kata imam ghazali, nak solat kena fokus. Hati itu kena ada, jangan merayau. Siapa jaga solat, hidupnya aman damai dan tidak ada masalah. Individu yang jaga solat, Allah swt jaga dia.

Muhasabah lagi, dimanakah kita dan level solat kita? Jika kita tiada ilmu bab solat, wajib untuk kita pelajari ilmu agama dan bab solat. Dan sebab lain, orang islam tidak solat dengan baik adalah kerana mereka terlalu obsess dengan duniawi. MasyaAllah. Semoga diri sendiri diberi peluang untuk sentiasa dekat dengannya.

*Siapa yang bagus hubungan dengan Allah swt, hidupnya bagus”.

“Remembrance of god is the most powerful way to improve spiritual life, Including self care and recovery”.

Mengingati tuhan adalah paling power untuk berjaya di dunia. Senjata paling utama memantapkan kerohanian adalah SOLAT.

5 Cara untuk mengingati Allah swt
1 )Akidah kena betul
2)Allah itu satu.
3)Tumpu kepada Allah swt
4)Percayakan Allah dalam apa juga kita buat
5)Yakin dan bergantung kepadanya.
6) Sentiasa menyebut nama Allah swt.

Semoga perkongsian ini menjadi satu perkongsian yang bagus dan bermanfaat untuk pembaca blog Umminani.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *