Cara sediakan makanan berkhasiat untuk keluarga

Belajar susun atur makanan sihat dan Cara sediakan makanan berkhasiat

Setiap kali nak masak Ummi antara orang paling pening nak masak apa. Bila pergi pasar borong Selangor hujung minggu, mula la pening nak beli apa untuk makan untuk seminggu. Tapi Ummi beruntung sebab tadi Puan Iliani dari Nestle sudi ajarkan kami, mummy blogger untuk menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga. Cara sediakan makanan berkhasiat yang Puan Iliani ajarkan sangat mudah.
14666266_1185824311465605_7843028952083749070_n

Cara sediakan makanan berkhasiat waktu pagi, tengahari dan malam

Untuk menu sarapan pagi, mudah saja nak sediakan untuk anak-anak. Contohnya nak sediakan roti, ibu-ibu mesti pastikan ada sayur dan juga buah-buah serta protein. Bagi pinggan saiz 10inci, sukat ikut prinsip quarter-quarter half untuk satu pinggan. Kabohidrat dan protein quarter(suku), dan sayur dan buah separuh(half) pinggan. 14695450_1185824201465616_5722064593178798816_n

Menu tengahari juga gunakan kaedah sama. So lepas ini boleh la diet begini. Ehm, biasa kalau makan Ummi suka makan banyak protein. Lepas ini kena tukar diet la. Gunakan prisip kiraan sama.14717183_1185824291465607_8930248825635699082_n

Untuk menu makan makan, mee atau spageeti tak salah untuk di makan. Dan masih dalam kiraan portion yang sama. Kalau untuk anak-anak boleh buat bento atau makanan yang lebih cantik. Contoh carrot di potong ikut bentuk kucing ke, arnab ke dan lain-lain. Memang boleh pastikan anak-anak suka sayur. Tapi mulakan dengan perlahan-lahan untuk mula mendidik anak supaya sukakan sayur.14725627_1185824238132279_5588721474249440853_n

Nestle juga ada promotion  Nestle Wellness di LAZADA. Yang berminat nak jimat boleh ke app LAZADA. Ummi nak cuba juga la, sebab belian RM50.00 keatas boleh dapat free shipping. Menarik , tapi di KL dan Johor Bharu sahaja.
Cara sediakan makanan berkhasiat

Okaylah , lepas ini sama-sama kita sediakan makanan sihat untuk keluarga kta yer. Kurangkan minyak dan sediakan makanan yang lebih berkhasiat. Ummi doakan ibu ibu dan Ummi sendiri berjaya sediakan makanan yang lebih bernutrisi untuk keluarga.

Siapa ada menu yang best boleh kongsikan link kat bahagian komen. Ummi semangat nak mencuba menu baru ini, but please just share menu yang simple sahaja. Yang mana menu tu boleh siap masak dalam masa sejam. Fahamilah daku yang berkerja ini, banyak masa habis atas jalanraya. Okay , jumpa lagi next entry.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge