Ada ke cara didik anak bawah 7 tahun yang lebih baik?

Ada sesiapa nak kongsi cara didik anak bawah 7 tahun?

Siapa pernah alami situasi yang mana bila orang marah anak , kita mak yang terasa? Ha, Ummi ada juga terasa. Rasa nak marah balik siapa marah anak Ummi. Waima, Mr Suami yang marah. Boleh ke gitu. Wal  hal itu perkara biasa ayah nak tegur anak-anak. Tapi kalau Ummi yang melenting boleh pula. Haishh, tu orang kata mak ini macam mana sekali pun mesti nak jaga anak-anak dan bagi yang terbaik. Mana la ada mak yang nak anak dia rasa tak best kan.  Bahagia hati Ummi bila anak-anak gembira. Ada ibu ayah yang nak share cara didik anak yang terbaik dengan Ummi untuk anak-anak bawah 7 tahun?

Jpeg

Cara biasa Ummi gunakan adalah bawa anak-anak berjalan di sekitar KL ini pada masa orang lain bekerja. Ummi dengan Mr Suami akan mohon cuti untuk meraikan anak-anak. Meraikan mereka adalah satu cara didikan secara halus dan tawan minda separa sedar anak.

cara didik anak

Walaupun jarak perjalanan dekat dan hanya ambil masa setengah hari, percaya atautidak itulah yang anak-anak akan ingat dalam minda mereka. Sebab mereka rasa di layan dan seronok bermain. Bila keluar begini Ummi dengan Abah dah set awal-awal, tiada suara tinggi dengan mereka. Bukan mudah nak cari masa yang sesuai untuk bercuti dan berjalan-jalan.

Jpeg

Bermain di sekitar kawasan shopping mall juga selesa bagi Along yang ada masalah eczema. Along tak boleh kena panas dan berpeluh sakan. Mujur ada CETAPHIL yang bantu melembabkan kulit Along.

Jpeg

Sekali sekala abah dengan Ummi nak juga bergambar. Jap! Stop sini, cer tengok gambar Ummi dengan Abah. Betul ke muka kami seiras? Saja nak tanya disini sebab ramai orang luar sana komen muka kami sama. Semoga kita semua yang ada amanah anak-anak ini sentiasa pilih cara yang terbaik untuk beri kasih sayang dan didikan terbaik untuk anak. Macam Ummi usia anak-anak bawah 7 tahun inilah masa genting bagi kami sekeluarga. Serba salah jika ada marah depa walhal itu lumrah anak kecil.

Doakan Ummi berjaya didik mereka sebaiknya. Dan tolongg doakan Untuk Angah juga. Supaya kemanjaan Angah terkawal dan kurang merengek demi untuk dapatkan perhatian Ummi. Sama-sama Ummi doakan anak-anak kalian juga jadi insan berjaya. Amin

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge