Blue Ginger Restoran Saji Masakan Cina Muslim Sedap

Blue Ginger Restoran sajikan masakan  Cina Muslim yang sedap.

Masuk area Puncak Jalil memang mengimbau kenangan. Tahun 2010 sehingga 2013 Ummi pernah menyewa di lokasi area Puncak Jalil. Tapi bukan itu yang nak cerita kali ini. Kali ini kami di jemput untuk sama-sama merasai keenakkan rasa makanan di Blue Ginger Restoran. Blue Ginger Restoran yang terletak di Puncak Jalil, Seri Kembangan saji masakan Cina Muslim yang lain sangat rasanya. Blue Gingermakan-sedap-puchong

Sajian Seafood di Blue Ginger Terbaik

Sajian seafood memang terbaik. Bila nak makan disini, wajib untuk kita pilih samada nak makan apa yang semestinya kita suka. Bagi yang kegemarannya adalah seafood Blue Ginger Restoran adalah antara pilihan restoran terbaik. Untuk makanan seafood antaranya yang tertulis dalam menu adalah Salted agg crab, Black Pepper Crab, Sambal Chilli Prawn, Salted Egg Squid, Dry Butter Prawn dan lain-lain. Itu yang tertulis di menu. Tapi pilihan Ummi yang dah rasa, Dry Butter Prawn memang terbaik Ummi bagi 4 bintang juga.

blue-ginger-1 blue-ginger-5 blue-ginger-11tomyam-best-seri-kembangan

Sebab memang jadi butter  tu macam sarang burung. Dan bagi ketam, Ummi pilih Black Pepper Crab. Ketam yang di masak dengan lada hitam ini rasanya memang lain daripada lain. Rasa nak hisap cengkerang ketam tu semua yang terhidang. Opsss, ada juga tahap malu sebenarnya. Yang lain-lain adalah menu yang boleh dipilih jika minat. Overall Ummi bagi 4 bintang untuk seafood.

blue-ginger-4blue-ginger-9

Menu di hidang secara ala-carte

Menu yang disediakan di sini adalah secara ala-carte. Bukan soal harga, tapi soalnya apa yang lidah minta nak rasa. Ha, sebab kalau kita order banyak sekali pun belum tentu rasa puas. Jadi boleh pilih nak makan masakan yang mana satu. Bagi Ummi, untuk kategori sayu Ummi memilih Broccoli dengan mushrooms. Dalam  menu tertulis “Broccoli and asorted mushroom”. Memang sedap dan Ummi yang memang suka mushroom memang lagi suka. Bagi sayur inu Ummi bagi 4 bintang.

chinese-food-halal chinese-food-kl blue-ginger-7Menu-menu lain adalah ayam dan daging. Menu yang menjadi rebutan semua adalah butter sauce chicken. Hahahah kata Shiqeen Sattar, rasa macam nak jilat pinggan. Hahaaha, nasib baik dia tak angkat pinggan. Kalau angkat tadi rasa nak juga snap photo tu. Mahal value tu.
kbba9

Kami semua dah cuba makanan disini. Menang sedap , siapa nak pergi ke sini boleh waze Blue Ginger Restoran, No, 32, Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.  Jom ramai-ramai kita cari seafood best lagi sekitar Selangor dan Puchong.

Facebook  : Blue Ginger No tel : 012-210 2710

Buka : Selasa -Ahad (Isnin Cuti).

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge