Ajar anak kecil solat dengan bantuan telekung cantik, pasti anak suka.
Melentur buluh biarlah dari rebung. Ini adalah peribahasa yang sering Ummi dengar dari dulu lagi. Ummi pula memang sangat pentingkan masa depan anak-anak Ummi, dari Along sampai lah adik-adik kebawah semua Ummi ajar anak kecil solat dari awal. Along memang mudah , sekali ajak dah datang dan bersolat bersama. Mudah sebab anak lelaki tak banyak soal bab pakaian. Mereka tengok abah solat pakai kain dan baju dah cukup Tapi anak perempuan Ummi yang sorang ini, apa Ummi pakai Cik Sarah nak juga.
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.
Ummi memilih warna putih sama dengan Ummi punya untuk Cik Sarah. Jadi semangat nak solat bersama tu mesti lebih berkobar dalam diri , walaupun masih tunggang terbalik. Asalkan dia nak solat dan duduk bersama Ummi dah cukup baik bagi terapkan nilai dan kewajiban solat ke dalam diri Cik Sarah.
Anak Kecil Solat dengan Telekung Cantik
Ada pelbagai warna di sediakan untuk anak kecil. Ummi suka semua warna, cuma untuk permulaan Ummi pilih putih untuk Cik Sarah. Semoga Cik Saah membesar jadi anak solehah. Eh! Bab telekung ini Ummi sambung cerita. Telekung Safiya ada 7 pilihan warna yang cantik – PINK. PUTIH. PURPLE. OREN. HIJAU. COKLAT. BIRU.
Menggunakan material kain jersey yang sangat lembut, selesa, sejuk bila dipakai, jahitan kemas dan jahitan rapat di kepala (boleh dipakai walaupun tidak memakai anak tudung). Cuma sebab Cik Sarah baru setahun lebih, muka tetap kecik, Ummi nak elakkan dia tarik telekung, maka Ummi pinkan di belakang. Jadi, kekallah sehingga habis solat Cik Sarah bertelekung.
Bagi rakan-rakan Ummi yang mungkin berminat nak juga belikan telekung untuk anak-anak, Ummi cadangkan telekung Safiya.
Jika ada masalah seperti berikut:
❌ Terlalu longgar & tidak padan dengan usia anak?
❌ Material kain yg panas dan anak tidak selesa bila memakainya?
❌ Susah nak jumpa telekung yg materialnya berkualiti, melekap kemas di muka dan jahitan kemas?
❌ Terpaksa pakai pin di leher kerana longgar?
❌ Bila solat rambut anak terjurai keluar?
Ummi yakin dan percaya pasti selepas ini Telekung Safiya adalah pilihan tebaik. Sebab Ummi sendiri dah pilih telekung safiya. Sambil senyum ini, nampak??

Koleksi Safiya juga menjadi pilihan guru tadika untuk anak-anak di pusat jagaan mereka. Baguskan , mungkin ini juga boleh dijadikan inisiatif untuk guru-guru mengajar anak solat di sekolah. 🙂 Bukan main seronok ada telekung sama dengan rakan-rakan. Seronok tengok gelagat anak-anak.
Artikel berkaitan : Telekung kanak-kanak
Harga Telekung Safiya pula berbeza bagi setiap saiz yang berbeza. Jadi , boleh memilih ikut kesesuaian anak-anak kita. Nak tahu lebih lanjut wassap ke : 012-3498262 – kod “telekung Umi” . Mungkin dengan usaha kita yang bermula daripada awal mengaja anak solat akan menjdi salah satu asbab untuk anak-anak kita lebih berjaya dunia dan akhirat. Sama-sama kita doakan, anak-anak kan asset dunia dan akhirat kita, jadi banyakkan doa untuk mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.
comel2 je semua bila pakai,
bila dh comel bertambah minat budak2 nak pakai.
minat kaler sky blue ti.
shark recently posted…Anak kecil solat dengan telekung selesa
shark..tq
.can by one..heehhe comelkan adik2 ni
umminani recently posted…Uptown Kontena Pantai Tok Jembal Lokasi Menarik di Terengganu
Wah… Menarik ni… Tunggu Dina boleh jln dah boleh beli ni…
Kalau dah kawen n ada anak pompuan, mesti beli…
Firzz recently posted…Tips Cari Sekinchan Hotel dan Tempat-tempat Menarik di Sekinchan
Terima kasih. Sejuk hati tngok dorang ni kan
YB Shehan recently posted…TIPS PAKAIAN MUSIM SEJUK & ONLINE SHOPPING WITH PAYLESSER
Sejuk rasa hati tengok anak-anak kecil pakai telekung excited nak solat