Mana satu jadi keutamaan? Best ke best jadi wanita bekerjaya?

umminani.com

Wanita bekerjaya keluarga dan anak-anak. Seronok ke Jadi Wanita Bekerjaya?

Hi semua, ramai yang nak tahu tentang Ummi dan kehidupan di sebalik takbir blog sebagai wanita bekerjaya keluarga dan anak-anak.  Nak tahu asal usul Ummi dan juga kisah silam Ummi boleh berkenalan disini . Kat sana Ummi ada detailskan sekit tentang sejarah silam. Wanita bekerjaya : keluarga dan anak-anak, mana satu penting? Mana satukah penting? Ahakss, silam la sangat.! Itu bermaksud nak cerita Ummi asal dari mana, sekolah mana dan dah kahwin ke belum . Itu sahaja.

POLIS WANITA

Berbalik kepada persoalan wanita bekerjaya keluarga dan anak-anak.  Best ke best jadi wanita bekerjaya?  Hanya yang merasai akan dapat bercerita tentang best atau tidak. Ianya ada pro dan contra. Walau apa juga kerja pasti sama, cuma dimana kekuatan kita sebenarnya.   Ummi masuk polis tahun 2008, mestilah masih bujang pada masa tu. Dan berkahwin pada tahun 2009 bulan Disember.  Sejak bekerluarga dan berumah tangga, Ummi meletakkan keluarga no.1. Sebab apa? Sebab bagi Ummi kerjaya adalah pintu rezeki, tapi pada masa yang sama keluarga adalah rezeki paling hebat sekali dalam hidup kita. Tiada galang ganti.Polis Wanita PDRM

wanita bekerjaya keluarga dan anak-anak

Bagi Ummi, kerjaya penting dalam masa sama anak-anak perkara paling utama tak boleh diabaikan. Eh, anak jer ker…? ni bahaya! Suami kena dijaga juga kan. Ehm, tapi kat sini Ummi nak share pasal anak jer. Sebabkan Ummi bekerja dalam badan beruniform, jadi masa ada kala kena kerja tak tentu masa. Tapi walau bagaimanapun, Ummi akan pastikan anak-anak cukup masa belajar, cukup makan dan rehat. Eh, tak la kata semua sempurna. Anak-anak Ummi macam orang lain juga, marah tu mesti. Sebab Ummi nak ajar mereka ada adab dan disiplin. Geram aih, tengok kalau budak-budak tak ada disiplin ni. Walaupun anak Ummi adakala berlari macam hantu juga.


Kisah Along dan Angah

SEJARAH PEMBELAJARAN ALONG ~Anak-anak Ummi kena lalui zaman yang belajar yang pelik masa mereka kecil. Along Ummi dah cuba hantar ke satu pusat tadika berbayar masa umur 4 tahun, sebabkan Ummi nampak tak ada peningkatan, maka Ummi stop on the spot pada 31 Ogos 2013. Jadi mulai 1 September 2014 Along mulalah episod belajar di Sg. Long menggunakan kaedah phonics. Kelas Along ini terdiri daripada analk-anak yang ada masalah linus. Namun begitu, setelah masuk tahun ke 3 Ummi hantar anak Ummi ke kelas Cikgu Ani, Ummi puas hati sangat. Along sebenarnya dah boleh membaca sejak bulan ke 3 ke kelas Cikgu Ani. Tapi sebab Ummi nak Along mahir, maka sampai sekarang Along ke kelas Cikgu Ani tanpa lalui kelas tadika seperti budak sebaya Along. Ummi puas hati sebab walaupun hanya belajar membaca  , tapi Along relax disiang hari. Hanya malam sahaja belajar. Kini Along dan graduate bahasa Melayu, cuma Read Easy masih belum habis. Along wajib habiskan kelas untuk Advance Read Easy sehingga hujung tahun ini iaitu sebelum lapor ke Sekolah Rendah.

BAGAIMANA ANGAH~ Angah lahir bulan 2 tahun 2013. Tahun ini baru cukup 3 tahun. Tapi, Ummi nak angah ni advance. Ummi dah hantar ke kelas membaca. Sebab kata Dr Tengku Asmadi, anak mula belajar dari usia dalam kandungan. Maka, seawal 7 tahun jika kita sia-siakan usia dan fikiran mereka maka rugilah kita. Jadi nak anak berjaya, kena develop awal-awal otak mereka. Dan jauhi daripada gajet.

Okay. itu sahaja Ummi nak kongiskan di pagi yang hening ini. Jumpa lagi

Artikel berkaitan :

ANAKKU 3 TAHUN BELAJAR MEMBACA – BACALAH ANAKKU

BILA UMUR SESUAI SEKOLAH?

ANAK SUKA CONTENG DINDING?

Deposit simpanan anak sekarang sebelum terlambat

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge