polis wanita hebat
KBBA9

Umminani.com di Media Akhbar Ruangan blog Harian Metro

Umminani.com di Media Akhbar Ruangan blog Harian Metro

Alhamdulillah, pada minggu lalu Ummi dapat panggilan daripada seorang wartawan daripada Harian Metro untuk interview Ummi bagi ruangan blog Harian Metro keluaran 2 September 2016. Ummi rasa bersyukur sangat dengan peluang yang datang. Sebenarnya ini adalah hasil daripada recomendation daripada sahabat Ummi dalam komuniti blog iaitu Yanie Yusuf .

Antara yang Ummi ceritakan dalam siaran media tersebut antaranya seperti berikut :

1). Sejak bila terbabit dalam penulisan blog

Saya mula terlibat dengan penulisan blog sejak Februari 2011. Entry pertama masa tu memang berkisar tentang anak. Ini kerana saya memang suka niche tentang parenting, motivasi dan juga lifestyles.  Pembabitan dalam dunia blog ini ibarat diari keluarga kami.

2). Blog mengenai apa (kategori)

Sejak aktif dalam penulisan blog, saya focus kepada kategori keibubapaan (parenting) dan lifestyles.

3). Memang minat menulis ke?

Saya memang minat menulis sejak dari sekolah lagi.Saya suka menulis dari sekolah lagi. Zaman belajar saya memang ada diari sendiri dan setiap apa saya beli, pakai , amkan semua saya catatkan dalam diari. Tapi bila menulis di blog lagi mudah sebenarnya.

4). Cerita ringkas mengenai blog anda

Blog UMMINANI.COM adalah blog official saya sehingga hari ini. Blog saya menceritakan lebih kepada kekeluargaan (parenting) dan juga lifestyles. Saya juga suka berkongsi tips berkenaan dengan pendidikkan anak-anak, merangkumi pembelajaran , adab dan juga teknik memupuk anak suka menyimpan untuk masa depan. Selain itu, saya suka juga menulis berkenaan lifestyles. Ianya merangkumi perjalanan hidup saya , percutian serta makanan. Walaupun saya bukan kaki masak, tapi saya biasanya berkongsi lokasi menarik untuk makan di sesuatu kawasan. Saya juga suka berkongsi tempat makan yang menarik.

5). Bagi pendapat anda apa faedah melalui blog

Pada pendapat saya melalui penulisan di blog saya dapat berkongsi tips-tips keibubapaan dan juga bertukar idea dengan ibu bapa  lain. Selain itu, dari blog juga saya dapat meluahkan perasaan saya dan juga kreativiti serta pendapat. Melalui penulisan blog ini, saya dapat kongsikan kegembiraan dan pengalaman dengan ramai orang. Blog memudahkan pembaca mendapatkan input  serta bertukar idea.

6). Siapa yg mula perkenalkan penulisan blog

Penulisan blog ini pada asalnya saya tidak berguru. Saya hanya try and error setelah say abaca blog daripada usahawan muda pada masa itu, Irfan Khairi. Dan saya boleh serius dalam menulis blog apabila saya berkenalan dengan BEN ASHAARI dan menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari. Sejak penglibatan saya dengan kelab blogger ini, saya lebih bersemangat menulis kerana pada masa yang sama menulis juga satu jihad selagi apa yang kita kongsikan membawa manfaat kepada ramai orang.

Sokongan daripada suami membuatkan saya lebih bersemangat dalam penulisan blog. Sehinggakan jika saya di jemput untuk penuhi sesuatu event, suamilah yang menjaga anak-anak seramai 4 orang di rumah.

7). Nama penuh dan usia

Nama penuh NOORAINI ALI dan berusia 31 tahun.  Suami MOHD MUA’ZAM BIN MOHD NAWAWI. Usia perkahwinan kami kini masuk 7 tahun dan di kurniakan seramai 4 orang cahaya mata . 3 lelaki dan 1 perempuan.

8). Asal,

Berasal dari Kg Bukit Keteri Perlis.

9). Status diri (bekerja atau masih belajar)

Saya juga adalah INSP MODENISASI (Penyelidikan) , Cawangan Urusetia Jab Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik , Bukit Aman.

10). Apa yang menarik mengenai blog Ummi?

Pembaca di blog saya biasanya  datang ke blog untuk dapatkan maklumat berkenaantips untuk anak, wanita bekerjaya , dan ramai juga daripada data saya dapat pembaca ke blog saya kerana minat mereka untuk mengetahui kehidupan sebagai seorang polis wanita dan sebagai ubu bekerjaya. Blog saya biasanya dibaca oleh golonngan dari usia 15 tahun sehingga 50 tahun. Saya suka berkongsi cerita yang boleh menarik minat orang  untuk membentuk generasi akan datang menjadi generasi ilmu dan beriman.  Bagi saya pendidikkan dari rumah memainkan peranan walaupun sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga.


 Tentang Umminani

Ucapan Terima Kasih Untuk Sahabat Yang Menyokong Ummi

Ummi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong Ummi sepanjang penglibatan dalam kerjaya penulisan ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada ramai orang dalam apa juga yang kita tulis dan sampaikan dalam blog. Bagi sahabat yang tidak menulis di blog, Ummi harap tulisan dan perkongsian Ummi membawa makna kepada anda semua.


Gallery Media Harian Metro  2 September 2016

Ruangan blog Harian Metro
Ruangan blog Harian Metro Alhamdulillah satu penghargaan yang baik dan rezeki daripada Allah swt.

umminani.com Harian Metro Harian Metro

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *