umminani.com
Review Produk Dan "Event"

Train to Busan Penuh Emosi dan Kasih Sayang

Train to Busan Filem Terbaik Dengan Penerapan Nilai Positif

Disaat orang lain sibuk beraya. Kami suami isteri dah plan nak bercuti untuk tengok wayang. Jadi raya ke-3 hari raya haji hari Rabu tu kami terus hantar anak ke rumah pengasuh awal pagi. Seakan-akan Ummi dengan abah kena oergi kerja. Ehm! Ini baru dating namanya. Tanpa anak-anak seketika dan masa untuk berdua-duaan. Rancangan kami nak menonton Train to Busan.

umminani.com

Jpeg

Dimana pilihan Ummi dengan abah dating? Kami memilih untuk ke IOI Mall City di Putrajaya. Sebab GSC memang menarik dan rasa cinemanya class sikit daripada biasa. Ala…biasa tengok kat AEON Balakong jer. Tapi kali ini nak ubah selera dating. Sebelum tu kami sarapan dulu di kedai mamak.

Sampai jer kat IOI Mall lepas park dekat P3, kawasan motor yang selamat kami naik  ke atas. Eh! Nampak pula kedai Lego! Ehm…singgah sat..ops..ada yang berkenan untuk Along dengan Angah!. Tapi, tak beli pun. Sebab dah tengok di website Train To Busan jam 1130 pagi, maka sempat Ummi singgah kedai-kedai lain cuci mata.

Pengajaran Train to Busan!

Menakutkan ke? Yer memang menakutkan, tapi Ummi melihat jalan cerita yang disampaikan dari satu sudut lain. Pada pemulaan cerita,

Plot jalan cerita, menceritakan Su-An seorang anak yang sepi. Dijaga nenek sebab mak dan ayah berpisah. Oleh sebab tinggal bersama nenek dan ayah yang mana seorang Pengurus Pasaran Saham ( sangat sibuk bekerja), Su-An rasa bosan dan memiliki satu sifat yang pasif terhadap ayah.

Pengajarannya : 

Anak-anak perlu dilayan walaupun sesibuk mana kita bekerja mencari nafkah dan sesuap nasi. Kedua, sebuah keluarga yang lengkap adalah memiliki ibu ayah dan anak yang berada dalam satu tempat. Bukannya dipisahkan. Maka, sebagai seorang ibu Ummi amat terasa bab ini. Dan suami amat mengakui kepentingan keluarga yang patut didahului.

Setelah plot demi plot cerita di tayangkan, Ummi membuat beberapa kesimpulan bahawa cerita ini sangat bagus. Bukan sebab Zombie itu, tapi nilai yang di sertakan dalam filem ini.

Sikap pentingkan diri perlu di kikis dalam diri sendiri. Ketika berlaku kepayahan, Si ayah kepada Su-An cuba menyelamatkan anaknya dengan memberitahu anak supaya dalam keadaan kecemasan utamakan diri sendiri. Namun begitu, apabila berlaku kepayahan disini, sikap pentingkan diri sendiri secara tidak langsung mestilah dihapuskan.

Kerjasama antara satu sama lain. Walaupun seorang wanita yang menaiki keretapi ini mengandung , tetapi beliau amat bersemangat menyelamatkan diri sendiri dan bekerjasama menyelamatkan orang lain termasuk dua wanita tua dalam keretapi tersebut.Selain itu, sikap ini dapat dilihat apabila suami kepada wanita mengandung, pelajar lelaki dan ayah Su-An bergabung menghapuskan Zombie dari gerabak ke 9  untuk sampai ke gerabak nombor 13.

Gunakan akal kita menang, gunakan kemarahan dan sikap buruk kita rugi. Sebab itu, kerjasama 3 orang mereka ini berjaya kerana mereka menggunakan akal melawan Zombie.

Kasih sayang amat tinggi nilainya. Seorang kekasih merasa sangat sayang kepada kekasihnya sehingga sanggup bekorban melawan Zombie demi menyelamatkan kekasih. begitu juga suami kepada wanita yang mengandung dan ayah kepada Su-An. Pada masa yang sama Ayah Su-An juga memiliki hati penuh dengan kasih sayang apabila menerima panggilan telefon daripada emaknya buat kali terakhir dan dia juga nampak berlenang air mata . Sungguh mendalam nilai kasih sayang yang diterapkan dalam filem ini.

Klik sini : Hero tak mati

Ada perkara baik dan juga sikap buruk yang ditonjolkan dalam filem ini. Contohnya pegawai lelaki yang sombing dan sangat pentingkan diri sendiri. Dengan sikap sombong tersebut, akhirnya dia sendiri tewas dan keputusan yang diambil akibat daripada sombong dan pentingkan diri sendiri merugikan dia.

Jadi keseluruhan cerita ini bukan sahaja bai malah Ummi berpendapat mereka layak untuk box office. Memang menarik dan sangat berfaedah. Tahniah kepada director dan penerbit. Bagi yang belum menonton, wajib ke panggung wayang dan tonton sendiri. Rasai fell menonton file Train to Busan.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *