RAHSIA ANAK CERDIK
Saya dan keluarga

Tips Anak Cerdik dan Rajin Belajar yang mudah diamalkan.

Tips Anak Cerdik dan Rajin Belajar

Jika ibu-ibu atau saudara selalu membaca disini, pasti dah tahu Ummi adalah seorang ibu bekerjaya. Kini menguruskan anak-anak 4 orang tanpa bantuan bibik dan hanya suami yang membantu menguruskan rumah tangga kami. Setiap hari jadual yang sama Ummi dan keluarga lalui. Bangun pagi , selesai solat anak-anak di hantar ke rumah pengasuh. Seharian Ummi di pejabat pasti adalah sesuatu yang memenatkan. Pejalanan dari rumah ke pejabat adalah memakan masa selama hampir 45 minit sehingga 1 jam mengikut keadaan jalan raya dan cuaca. Namun begitu, adakah pelajaran anak-anak Ummi  terabai? Kalau ramai yang kenal Ummi, mereka tahu Ummi garang dan memang bab pelajaran Ummi amat titik beratkan. Kali ini Ummi nak kongsikan tips anak cerdik dan rajin belajar.

img_2492 Tips Anak Cerdik dan Rajin Belajar

Along dan angah punya karakter yang berbeza. Along sangat dikenali sebagai seorang anak yang mudah dibentuk, mengikut arahan dan juga kaki buku. Setiap kerja yang diberikan akan diselesai dengan cepat dan didahului. Lain dengan Angah, seorang anak yang lebih kepada auditory  dan visual. Kalau dengar video atau lagu, Angah mudah dapat dan belajar. Dan nak tahu? Sebab anak-anak Ummi lebih kurang sebaya, Ummi korbankan Astro  di rumah. Di rumah kami ada tv tapi tiada siaran televisyen. Tiada ASTRO. Yang ada hanya Set Noody , VCD Ummi dan juga lain-lain vcd yang berbentuk pelajaran.UMMINANI.COM RAHSIA ANAK CERDIK

Ummi ada  berikan ganjaran kepada mereka atas kejayaan masing-masing. Namun begitu, ianya bukan mudah. Jika mereka inginkan sesuatu mereka perlu buktikan dengan result kepada Ummi dan abah. Sebagai contoh Along berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Integrasi Beranang, Along dihadiahkan dengan motor mainan , begitu juga angah kerana berjaya di pujuk untuk ke kelas membaca Bacalah Anakku di Sg Long setiap malam Khamis dan Jumaat.

Selain mainan, Ummi biasanya memberikan mereka hadia seperti berikut :

Ganjaran untuk makan di lokasi mewah seperti hotel.

Mereka di bawa berjalan-jalan dan melancong walaupun di dalam negara.

Selain itu, masing-masing perlu di puji sebagai tanda penghargaan. Puji Along, Angah dan Sarah juga mesti di puji.

sspn-i plus

Klik Sini : Kaedah Selamatkan Simpanan Anak-anak

Dan paling mereka dambakan adalah masa Ummi. Oleh sebab itu, sebagai ganjaran atas kejayaan mereka, Ummi perlu offkan telefon dan berikan masa. Untuk bermain kasut roda, demi anak-anak Ummi perlu korbankan masa Ummi menulis serta kerja-kerja lain. Bukan mudah, banyak tanggungjawab Ummi perlu lakukan. Tapi demi mendorong anak-anak lebih cerdik dan rajin belajar Ummi perlu utamakan mereka.

Sama-sama kita doakan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Artikel Berkaitan :

umminani.com/2016/09/umminani-com-di-media-akhbar/

umminani.com/2016/09/main-dam-ular-semasa-zaman-kanak-kanak/

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *