KBBA9,  Umminani

Sombong VS Respek apa pendapat kalian?

SOMBONG VS RESPEK

IMG_20160905_160926

Hi semua apa khabar? Sat sahaja dah jam 4 petang kan. Kalau kat office dah tengpok-tengok jam ini , “ bila lah nak balik ni??” Betul kan? Setuju? Ehm, kalau kat pejabat masa cepat jer berlalu? Sama juga kalau buat sesuatu yang kita minat sanggup kita mengadap berjam-jam. Siapa macam ini? Kalau kena paksa buat sesuatu, huh! Oiii bila nak nak habis ni!! Pernah kan hadapi situasi macam ini ?

Ehm, Ummi? Mest tertanya-tanya Ummi minat ke menulis? Kali ini kalau uols nak tahu kena baca semula entry lepas. Kat situ ada Ummi cerita. Homework sikit. Boleh?

Okay, hari ini Ummi nak share pendapat jer. Tentang sombong vs respek. Ramai orang anggap bila kita diam, senyap dalam sesuatu majlis kita sombong? Adakah benar? Bagi Ummi kita bukan kategori sombong. Cuma itu persepsi orang sahaja. So, abaikan. Cuba lepas kita mengenali  orang tu, sembang dalam masa 5 minit  dah cukup untuk tahu si dia sombong atau sebaliknya. Macam Ummi sendiri, di pejabat Ummi kurang komunikasi yang tak berfaedah. Ini bukan bermakna I sombong, tapi I cuba terangkan bahawa i ada adab yang perlu dijaga. Sebagai seorang pegawai wanita, Ummi rasa Ummi memainkan peranan dalam menjaga komunikasi. Melawak kena tengok tempat. Jangan nak melawak dengan orang tak dikenali. Dan bahasa kita memainkan peranan. JANGAN pula sampai kita di cop sombong tapi bodoh. Dah tak tahu tak nak bertanya. Ini juga satu masalah.

Respek pula bermakna kita boleh “down to earth” . Waima tukang sapu mereka juga manusia. Berhak dilayan seperti manusia. Syukur dan pandang mereka dengan mata hati. Walaupun tukang sapu kita orang biasa, dia juga berkemampuan hantar anak-anak sekolah. Malah kaji semula adakah dia bahagia. Kadang kala, dia lebih suka dan gembira daripada orang yang kaya, berpangkat dan berduit daripada dia. So, perlukah kita respek orang yang dibawah daripada kita? Ummi punya pendapat  “YES!”.

Lagi satu, orang suka judges manusia. Ini juga satu isu. Kalau pakai baju biasa, orang malas nak layan. Gambaran negative pula pada orang walhal tak pernah bersua pun. Perlukah bersikap begini? Tak perlu! Sebab ramai sahaja orang kaya, jutawa yang lebih kaya daripada kita tapi berada dalam kedudukkan yang sederhana. Sebab kita tak tahu, orang ni ada kala dia banyak memberi kepada orang lain dan itu buat dia bahagia . Bukan pakaian yang bahagiakan dia. Jadi perlukah kita judge orang dengan melihat penampilan dan dengar buah mulut orang sahaja?

So nak bagi tahu satu perkara, bagi Ummi pangkat dan darjat bukan ukuran. Tapi nilai kemanusiaan dan nilai dalam diri yang menonjolkan siapa kita sebenar. Kaji dan lihat dalam diri adakah kita cukup pemurah? Suka menderma atau suka senyum? Itu dah cukup kita tahu siapa kita. Jika tiada semua tu, usahlah sombong dan sama-sama kita berubah demi untuk masa depan kita. Tak rugi menjadi orang yang tidak sombong dan respek orang lain.

Respek, respond dan relax. Cool jer apa juga keadaan mendatang. Be yourself dan be confident.

Sebab tu tambah lagi satu, walaupun Ummi bekerja Ummi respek usahawan atau orang yang berniaga dan ingin belajar daripada mereka. Nilai dalam diri mereka sangat tinggi , nak tahu nanti Ummi cerita lagi. Bye

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *