Majlis Resepsi Ringkas Dan Sederhana Hafiz Nana

 Majlis Resepsi Ringkas Dan Sederhana

 Alhamdulillah selesai sudah majlis resepsi adik yang bongsu. Kami sekeluarga telah menerima adik ipar baru dalam keluarga. Seorang gadis Kuala Perlis yang terdiri daripada dua beradik. Perkenalan mereka sejak di Asasi UiTM telah membawa ke alam perkahwinan dan jinjang pelamin. Syukur segala usaha mereka telah dipermudahkan. Mohon maaf jika tiada apa yang dapat dibantu untuk majlis kalian. Namun begitu, usaha mak sebenarnya yang telah menjadikan majlis ini sebuah realiti. Semoga majlis resepsi ringkas dan sederhana ini menjadi antara memori terindah dalam sejarah kalian.

img_2564 img_2568 img_2573

Ikatan Sah Sebagai Suami Isteri Di Tahun UiTM

Perkenalan mereka yang pada mulanya daripada sebagai kawan akhirnya telah mengubah kepada satu rasa sayang. Pasangan pengantin Hafiz dan Nana, memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun kedua di UiTM Shah Alam, pada5  bulan 12 tahun 2014. Kami sebagai ahli keluarga terdekat amat menyokong keputusan mereka  berdua. Seronok sangat apabila mereka telah memilih untuk mengikat persahabatan mereka sebagai satu hubungan yang sah. Pastinya apabila agama didahului , perkara lainnya akan turut serta menjadi baik. Syukur , sejak mereka bernikah keputusan peperiksaan ketika di UiTM Shah Alam amat memberansangkan. img_2578
img_2615 img_2632

majlis perkahwinan hafiz nana
Kek Perkahwinan yang dibeli khas pada hari majlis diadakan. Semoga ianya menjadi memori indah.

Majlis resepsi ini berlangsung setelah keduanya telah tamat belajar pada bulan Ogos 2016. Majlis serba ringkas  kali ini diadakan pada 15 September 2016, bersamaa raya haji ke empat tahun 2016. Majlis banyak di bantu oleh suadara mara terdekat daripada persediaan sehinggalah selesai. Terima kasih kepada semua suadara mara yang telah banyak membantu dari segi persiapan tempat, persediaan makanan dan lain-lainnya. Tanpa sokongan semua pasti majlis ini tidak dapat berlangsubg dengan jayanya.img_2644majlis resepsi ringkasimg_2607

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Nana

DOA KAMI SEMUA Semoga pasangan adik Hafiz dan Nana memperoleh barakah hasil daripada perkahwinan ini. Doa kami semua agar keduanya dipermudahkan untuk mendapat pekerjaan dan juga keluarga yang bahagia. Selain itu, kami panjatkan doa agar kalian berdua mendapat cahaya mata yang soleh serta solehah hendaknya. Harungilah sebuah perkahwinan ini dengan kesabaran. Perkahwinan ini indah tanpa ada pihak yang mempunyai ego tersendiri. Semoga setiap hari dalam perkahwinan kalian akan sentiasa dalam rahmat Allah swt. Doa kami perkahwinan ini akan mendapat berkah sehingga ke syurga.

Artikel berkaitan :

JODOH BAIK UNTUK ORANG BAIK-BAIK

BEST KE SWORD BARREL POLIS?

Comments

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge