Mai Cafe 2 Tempat Makan Best Di Perlis

Mai Cafe 2 Tempat Makan Best Di Perlis

Perlis negeri kecil yang sangat istimewa. Bila balik kampung kebiasaannya akan pergi ke Kuala Perlis untuk menikmati ikan bakar. Namun begitu, asyik dengan ikan bakar Mr Suami cakap bosan. Dia nak cari kelainan makan di Perlis. Biasanya memang mak dah masak. Nak cari kelainan lebih lagi, kami mencuba di Mai Cafe 2 yang terletak di Pusat Perniagaan Sena, Jalan Kampung Bakau.  Ini salah satu tempat makan best di Perlis.

Tempat makan best di Perlis

Tempat Makan Best di Perlis & Suasana Dalam Mai Cafe 2

Suasana dalam Mai Cafe 2 sangat tenang. Pencahayaan yang di tonjolkan amat membuatkan kita sebagai pelanggan selesa nak nak stay lama kat dalam cafe ini. Satu yang Ummi suka adalah tahap keselamatan untuk ibu yang membawa anak sangat baik disini. Keadaan dalam kedai buatkan kita sebagai ibu tak risau untuk anak duduk, berjalan dan makan. Okay bab ini ibu ayah yang ada anak sahaja faham.
Tempat makan best di Perlisimg_2678

Ruang yang luas dan tenang menaikkan lagi nafsu nak makan. Bab layanan memang terbaik. Order yang kita buat akan sampai dalam tempoh menunggu yang tak lama. Sempat  la untuk nak bersembang-sembang dan bercerita dengan pasangan kalau nak jadikan pilihan lokasi untuk dating. Ini untuk suami isteri okay. 🙂
img_2679

Menu  dan harga makanan 

Menu dan harga makanan di sini amat berbaloi. Kiranya kalau nak compare dengan jenama terkenal seperti Secret Recipe dan lain-lain kualiti makanan lebih baik di Mai Cafe. Kena dengan suasana dan juga cara hidangan memang Ummi akan pilih cafe ini jika ada cawangan di KL/ Semenyih.
img_2680 makanan popular di perlis

Chicken Chop adalah menu yang menjadi pilihan ramai di sini. Majoriti pelanggan suka kan Chicken Chop ini. Mungkin mereka dah biasa dengan menu ini dan jadi kesukaan. Dan bagi Ummi dengan Mr Suami, kami sukakan Sesame Chicken. Rasanya lagi Umpp… Boleh bayangakan tak Ummi menggigit rasa ayam yang ada bijan tu… fuh! Memang marvellous. makanan popular di perlisimg_2696Tambahan makan malam kami malam tu, kami order Spageeti. Okay kalau nak rasa , spagetti ini memang terbaik. Rasanya luar biasa sedap. Sos yang lain daripada lain dan amat berbeza dengan jenama terkenal. Harga pula dalam RM11.00 macam tu. Sangat berbaloi untuk nilai poket.
img_2699

Inilah suasana Mr Suami melayan anak lelaki yang hensem. Selesa, kemas dan memang anak-anak pun suka. Cuma lagi best kalau lepas ini ada satu tempat khas untuk anak-anak main. Walaupun mungkin ruang kecil, mereka boleh duduk dan main mainan seperti  lego atau susun-susun barang. Ini mungkin lebih menarik. Dan mak ayah boleh chit chat lama lagi di cafe ini. Hahahah lepas tu order lagi, sebab duk lebih lama.

Okay, siapa nak tahu lanjut boleh telefon : 012-419 9771

Atau pergi terus ke alamat mereka  : No.3, Jalan 1,  Pusat Perniagaan Sena, Jalan Kg Bakau, 01000 Kangar Perlis.

Selamat bercuti dan menikmati makanan di Perlis.

Artikel berkaitan :

Shell Out Di Kota Kemuning, Shah Alam

Mai Cafe Perlis

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge