Kesabaran Ku Diuji Dan Diuji

Masing-mading perlukan Ummi ketika nak tidur. Mana satu Ummi nak dahulukan?
Masing-mading perlukan Ummi ketika nak tidur. Mana satu Ummi nak dahulukan?

Hanya ibu bapa yang ada anak ramai dan pastinya usia mereka sebaya pasti memahami situasi Ummi. Dulu ada bibik dapat juga rasa rehat dan banyak masa nak bermain dengan anak-anak.

Kini, hanya kami suami isteri wajib lakukan semua. Air mata jadi teman, takkala badan mulai rasa letih dan kepenatan.Rasa kecewa dan lelah buat aku lebih letih!

Namun begitu, setiap kali rasa itu hadir, ku pujuk jiwa ini. Melawan nafsu dan juga akal. Bercakap sendirian.

“Ummi, orang lain masih mengharap anak lahir dan ada dalam kehidupan mereka. Sedangkan Ummi Allah bagi 4 orang sekali. Ummi, bersyukur Ummi. Ummi marah ke , tengking ke depa tetap anak yamg lahir dari perut engkau! Hari ini mereka depan mata. Jika esok pagi bangun, mereka tiada bagaimana? Aku menangis sendirian!. Ingat Allah takkan beri tanggungjawab ini jika kau tak mampu Ummi!”

Siapa yang boleh membayangkan, apabila ketiga-tiga menangis nak tidur peluk Ummi. Mana satu Ummi nak dahulukan? Pusing kiri, kanan menangis dan sebaliknya.

Marah, jerit itu kadang terbiasa. Ini realiti bukan fantasi semuanya baik-baik belaka. Tapi, saat jeritanku mula kedengaran sehingga luar dan saat itu aku sedar, arghhh aku kalah lagi. Kalah kerana sabar aku tipis! Astafirullah!

Jpeg

Akhirnya, malamku berlalu dengan panjang. Bangun di tengah malam dan bermain. Nak lakukan bagaimana lagi, tunggu sehingga salah seorang letih dan tertidur. Ini yang dikatakan aku diuji dan diuji.

Walaupun bukan selalu, tapi disaat begini buat hati ini rasa sayu dan sedih. Inikah masa kecilku. Ayah dan emak lagi penat bekerja. Adakah mereka melayan aku sebegini diwaktu kecilku. Owh ayah, aku rindu. Alfatihah.

Comments

    1. Post
      Author
  1. Nor Rosila Binti Rosli

    samalah kakcik…mmg penat kadang2 tu..tapi las2 buat giliran..takpun sape yg memgantuk dulu ditidurkan dulu..nak bertepuklah nak bertemanlah…

    1. Post
      Author
      Admin

      Shila, kadang menagis kita kan..tapi itu sementara sahaja . nak tunggu depa besar. Rezeki anak2 kadang mak ayah tak nampak. astafirullah …kcik selalu lupa bersyukur kadang. tapi bukti mereka sihat bila mereka aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge