Review Produk Dan "Event"

Kebahagiaan Yang Kutahu – Datuk Stella Chin

Datuk Stella Chin Pengasas StarLadies -Mengajar Bagaimana Untuk Jadi Wanita Serba Boleh

Bercakap tentang Datuk Stella Chin, mungkin ramai yang sudah mengenali. Beliau antara usahawan dan tokoh wanita tersohor di Malaysia dan luar negara. Datuk Stella Chin seorang daripada sebilangan kecil wanita yang menerima gelaran Datuk di Malaysia kerana telah banyak memberikan sumbangan kepada negara.

Datuk Stella Chin seorang penerima Anugerah Sepuluh Usahawan Cina Paling Cemerlang di Dunia dan satu satunya wanita dari Asia yang memenangi Anugerak Oscar dalam dunia perniagaan – Anugerah Stevie bagi empat kategori untuk wanita. Menerima Anugerah Diamond adalah kualiti tertinggi antarabangsa oleh European Society for Quality Research (ESQR).

img_2792img_2786

Pelancaran Buku “Kebahagiaan Yang Kutahu” adalah satu peluang yang baik untuk Ummi pada hari Isnin lalu.  Teruja sangat ketika melangkah masuk ke bangunan Melilia di Bangsar South. Tiba di depan pintu di tingkat 3 bangunan Melilia, sekali lagi Ummi terpegun. Semua decoration dalam bangunan adalah pink dan putih. Kata Datuk Stella :

“Pink adalah kebahagiaan untuk saya kepada wanita. Saya ingin bantu ramai wanita untuk berjaya dalam keluarga dan kerjaya”.

Datuk Stella Chin

Datuk Stella di kurniakan satu sifat tegas bukan keras dan dilengkapi  dengan karisma  “Lembut Bukan Lemah”. Menurut Datuk Stella :

Wanita bahagia era ini perlu pelajari cara untuk mengimbangi kepentingan dan mencari titik keseimbangan dalam kehidupan. Hidup ini tidak semestinya sempurna tetapi anda boleh menuju kearah hidup yang sempurna dan bahagia.

Intipati Buku Kebahagiaan Yang Kutahu

Wanita adalah Starladies, seumpama bintang yang berseri.

Buku ini sangat bagus dan menarik untuk dibaca oleh wanita dan lelaki.  Dalam buku ini, Datuk Stella Chin menekankan bahawa semua wanita adalah Starladies, seumpama bintang yang berseri. Beliau ada tekankan bahawa membantu orang lain adalah menyempurnakan diri kita sendiri. Jadi wanita hebat mestilah banyak memberi dan boleh memberi pelbagai sumbangan wang ringgit mahupun tenaga dan idea.

Wanita bekerjaya mestilah yang gembira dan berjaya.

Masa sessi perjumpaan Datuk ada nasihat tentang menjadi wanita bekerjaya mestilah yang gembira dan berjaya. Bila baca buku dah macam tengok dan tonton kisah cinderella yang mana jadi wanita hebat mestilah ikhlas, berhati mulia dan ada keindahan dalam hidup. Katanya lagi sebagai wanita mestilah berani waima meminta maaf dalam bidang kerjaya. Dalam bekerja ada ganjaran dan hukuman. Bagusnya Datuk dalam buku ini , beliau akan memberikan peluang kepada anak buahnya untuk berterus terang dan membaiki kesilapan. Peluang sebanyak 3 kali diberikan sehingga capai kejayaan.

Sentiasa berpenampilan kemas dan menarik.

Kecantikkan saling berjangkit dan wanita perlu cantik dan kemas. Malah yang utama , Datuk tekankan dalam buku ini. ” Wajah luaran hanya boleh ditunjukkan buat seketika, sebaliknya kecantikkan tulen akan kekal sepanjang hayat”. Jadi mestilah jadi wanita  dan manusia yang baik hatinya.

Datuk Stella Chin

Kebahagiaan yang kutahu

Komen Ummi :

Dapatkan buku ini di pasaran . Ada dijual di kedai-kedai buku utama. Rugi bagi yang tidak membaca sedangkan di negara Indonesia dan Taiwan , buku ini adalah antara best seller. Buku yang sangat bermanfaat dan wajar di miliki. Apa yang kit abaca hari ini akan tentukan masa depan kita 10 tahun akan datang. Nak jadi seperti Datuk Stella Chin? Ya? Hujung minggu segera dapatkan buku ini di pasaran.

Ingin dapatkan buku ini email kepada :

 

Artikel Berkaitan : Facebook :  Datuk Stella Chin

Launching Buku Kebahagiaan Yang Kutahu

 

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *