Gempak MUFORS Malaysian United For Road Safety

Gempak M.U.F.O.R.S 

Malaysian United For Road Safety Di Kem PLKN Padang Kacong, Bukit Payong Marang Terengganu.

dsp bakri

Hari pertama program ini berjalan lancar dengan sessi pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang. Seramai lebih kirang 417 peserta melibatkan peserta daripada SMK Wakaf Tapai, SMK Manir, SMK Telemung, Persatuan Komuniti Kepolisan Durian Burung dan lain-lain seluruh Negeri Terengganu. Wanita terdiri daripada 56 orang dan lelaki 354 orang.

Jpeg

Sessi suaikenal diadakan pada jam 4.00 petang tadi antara pegawai daripada JSPT Bukit Aman dengan peserta.

Alhamdulillah berkat kerjasama semua, program ini dapat berjalan lancar dan peserta juga menunjukkan minat yang mendalam. Selain memberikan taklimat dan maklumat bab keagamaan juga diberikan kepada peserta.

Gempak MUFORS Malaysian United For Road Safety

Pada malam pertama, peserta di berikan taklimat dan perkongsian pemanduan berhemah oleh SM Shaari daripada Unit Pengangkutan Operasi, Jabatan Start Polis Kontijen Terengganu. Ketua jurulatih pemanduan berhemah.

“Pemandu haruskan meletakkan diri sendiri dan pemandu lain bukan dalam keadaan bahaya”.

“Pemandu perlu lebih berhati-hati dan ebih berhemah semasa berada di jalan raya”.

picsart_09-28-09-14-20

Semoga ilmu yang disampaikan pada malam ini boleh menyedarkan peserta pada hari ini agar menjadi penunggang motorsikal yang lebih hebat. Esok hari kedua pasti akan lebih hebat dengan perkongsian daripada moderator terkenal. Tunggu entry saya ya.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge