mingguan wanita
Isu Masyarakat

Mingguan Wanita Ex Oc UiTM Arau Merapat Ukhwah

Ex Oc UiTM Arau Merapat Ukhwah di Majlis Reunion 2016

Alhamdulillah kami semua dapat berkumpul bagi satu sessi reunion bersama dengan rakan-rakan seperjuangan satu ketika dulu. Semasa di UiTM Arau, kami antara pelajar yang banyak membantu HEP untuk menguruskan kemasukkan mahasiswa baru.  Nak tahu lebih lanjut dapatkan majalah Mingguan Wanita bagi keluaran Edisi 23-29 September 2016.  Kesibukan tidak menghalang untuk merapatkan ukhwah antara kami semua.

fb_img_1474425885159

Reunion ini adalah sessi perjumpaan OC atau orientation commitee ex UITM Arau (pembantu mesra siswa) dari tahun 2004-2006.

“Setelah tamat belajar,masing-masing membawa haluan.kerjaya dan keluarga . Ada yang menyambung pelajaran ke peringkat master dan phd. Dan ada yang meneruskan perjuangan dengan bekerja. Ketika kami di UiTM Arau, kami antara mahasiswa terpilih yang membantu pengurusan HEP untuk mengelola pelajar baru selama 1 minggu. Namun begitu, persediaan menerima mahasiswa baru mengambil masa selama 2 minggu awal kebiasaannya. :Jadi kamilah antara sukarelawan yang membantu pihak pentadbiran UiTM Arau secara sukarela.”

Susah payah kami ketika belajar dan menguruskan event besar seperti perasmian majlis orientasi pelajar baru banyak mematangkan kami semua. Dan Alhamdulillah, pengalaman lepas sangat membantu kami semua kini dalam menguruskan kerjaya masing-masing.

.
Tujuan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama kami. Perpisahan kami sekian lama, tidak pernah putus walaupun kami berada di lain-lain tempat. Majlis berlangsug 17 julai 2016 , ketika masih lagi dalam suasana raya. Kemeriahan dapat dirasakan dan niat kami untuk bertemu kembali di permudahkan. malah dapat berukhwah bukan sahaja kami ex pembantu  mesra siswa ,(oc), tapi majlis  ini merapatkan juga ahli keluarga kami semua.

Reunion diadakan di rumah Puan Noridah Suleiman Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam di Kolej Raflesia 1 UiTM cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Hanya di foyer dan rumah tamu , reunion kami tetap berjaya diadakan. Bagi kami, majlis ini berlangsung dengan sempurna. Bukan mudah untuk kumpulkan kami semua dlm satu masa. Namun,atas ke akraban semua dan perancangan yg  singkat dapat juga di laksanakan.

Matlamat Reunion Kami Tercapai
Ya, ukhwah mak ayah drp zaman universiti telah berkembang sehingga anak2 dan cucu. Malah, yang lebih baik, networking ini dapat membantu rakan2 dalam perniagaan juga secara tidak langsung. Saya sendiri secara tidak langsung membantu sahabat ex oc UiTM Arau melalui penulisan di blog www.umminani.com . Saya war-war2 kan dan menulis serta mempromosikan perniagaan dan kepakaran mereka melalui penulisan.

Seronok sebab, sentiasa mengimbas kenangan lalu dan sekarang ibarat extended famili. mengetahui n mengambil berat, saling bertukar idea memandangkan pekerjaan masing masing adalah berbeza. Kepakaran dalam bidng masing-masing secara tidak langsung membantu kami semua.

Malah ada yang menjalankan perniagaan ,ini adalah satu networking ysng terbaik. dan ada yang beroleh rezeki drp silaturrahim ini. Perancangan selepas ini, kami cuba mengaturkan reunion di UITM Arau Perlis. Dimana Uitm Arau menjadi lokasi pertama pertemuan kami. susah payah kami suatu ketika dahulu telah menjadikan kami akrab dan bersatu sehingga kini. Kami merancang untuk mendapatkan penyertaan lebih ramai ex Oc Uitm arau bagi majlis reunion akan datang. Insyaallah.
fb_img_1474425874896 UiTM Arau

Selain itu ,  bagi reunion akan datang kami cuba untuk berbincangan dengan pengurusan uitm Arau bagi menyertai majlis orientasi pelajar bagi bagi pengambilan akan datang. Insya Allah. Saya yakin dan percaya  ini pasti mengimbau kenangan paling hebat.

Artikel Berkaitan :

Umminani.com di Media Akhbar Ruangan blog Harian Metro

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *