Apakah selesa kereta atau motor?

VTS 200

Sym vts 200

Apakah selesa kereta atau motor?

Sejak sekolah dulu, Ummi memang suka naik motor berbanding kereta. Kereta ini banyak kelebihan dan kekurangan. Jika dulu belajar di Perlis, naik kereta bukan isu. Selesa dan tak panas.

Tapi sejak bekerja Ummi mula kerja kat JKR,Pulau Pinang dah rasa jemu naik kereta. Dapat pula polis dalam masa sama. Kerja di KL meletihkan. Perjalanan ambil masa yang amat lama tambahan jika hujan. So, kadangkala penat, Ummi siap berhenti tepi jalan samada area kedai atau stesen minyak untuk beristirehat. Hinggakan ada masa mengantuk boleh tertidur 10-15minit.

2016 – Penat lalui perjalanan sama. Ummi decide untuk travel guna motorsikal untuk pergi dan balik kerja. Mula-mula pilih juga motor apa yang sesuai. Survey dan survey kesana kemari. Selepas dah berpuas hati Ummi pilih SYM VTS 200.

Hampir 9 bulan menggunakan motor ini, Ummi boleh suggest sangat yang berkeluarga untuk gunakan motor ini. Sesuai untuk digunakan hantar anak-anak sekolah dan pelbagai kegunaan keluarga. Kalau Ummi sendiri memang beli barang naik motor, isikan semua barang dalam box belakang dan box bawah. Selesa sangat. Cuma kena maintain servis setiap 2500-3000 kilometer.

VTS 200

Sejak guna motor SYM VTS 200, Ummi boleh gerak dari Semenyih ke KL jam 7.00 pagi. Perjalanan lancar dan selesa. Nak menyelit? Mudah dan rasanya macam bawa motor biasa. Hujan lebat pun biasa Ummi dengan husband redah jer. Mungkin sebab binaan motor dan keadaan tayar yang lebar membuatkan kami rasa selamat ditambah rasa Yakin dengan kuasa Allah swt yang memberikan kelancaran perjalanan dan selamat. Dulu berulang alik dengan kereta, paling awal perlu gerak jam 6.00 pagi. Sebab nak elakkan sesak. Memang SYM VTS penyelamat!

Kalau anda pilih motor ke kereta?

Comments

  1. shark

    semestinya motor untuk ulang alik kerja,
    minyak jimat,masa jimat,parking senang,
    cilok mencilok di traffic light satu kelebihan yang besar.
    kelemahan paling besar ialah hujan.
    hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge