Masam Manis "Life"

Dah makan cempedak ker?

Dah makan cempedak ker?

Ummi ini dari sehari ke sehari nak menikmati sedapnya cempedak. Tapiii nak beli jer risau. Sebab apa tau? mak beli masa di kampung hari tu, dapat 4 ulas jer dalam sebiji. Mana tak hangin… tapi itulah nama rezeki kan.

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Sebab dah mengidam sangat nak makan, minta suami p cari kat area Semenyih. Katanya cari merata kat area Tesco Semenyih, tak ada yang menjual. Frust seketika.

Tiba-tiba teringat kat satu mak cik jual goreng pisang area nak masuk ke Taman Semenyih Indah. Dh teringat mana boleh tunggu-tunggu. Apa lagi, start motor pusing p cari. Biasa yang dijual sekilo RM6.00, tapi kat mak cik ini sekilo hNya RM5.50. Murahlah walaupun hanya Rm0.50 kan.

Nak hilangkan kempunan beli lah 3 biji. Anak-anak Ummi suka cempedak goreng ini. Tengok jer la gambar mereka menikmati buah cempedak ini.

Resepi cempedak goreng Ummi:

Tepung beras
Kapur makan
Garam
Kunyit ( nak bagi kekuningan)

Bancuhan Ummi tak letak tepung gandum Sebab ada yang buat letak tepung gandum. Simple jer, tapi tiba-tiba bila makan cempesak goreng teringat masa kecik. Cempedak goreng mak masak. Apapun yang mak masak la the best kan
.😍

Okaylah, ada lagi sebiji. Malam ni habiskan. Siapa nak rasa cempedak Ummi mai jalan ke rumah. bye

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *