CIKZA.COM BLOG BLOGGER LIFESTYLE YANG CEKAL DAN PASSIONATE

CIKZA.COM BLOG TOP LIFESTYLE BLOGGER MALAYSIA 2016 DARI KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA9) Cik Za seorang gadis cekal yang berasal dari Kuala Lumpur dan membesar di Kajang merupakan seorang yang sangat Ummi kagumi. Beliau adalah anak sulung dari 2 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah di Jalan bukit Kajang, dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Ummi sangat suka berkawan dengan Cik Za, kerana dari satu sudut pandangan Ummi, Cik Za seorang yang sangat matang dan berdikari. Beliau adalah antara Top Lifestyle Blogger MALAYSIA 2016. Mungkin pengaruh daripada watak Cik Za sebagai anak sulung yang banyak mempengaruhi karakter beliau. Selalu Cik Za bercerita pada Ummi, “Kak Ummi, Za kena bawa mak pergi hospital. Mak ada check up.” antara lain yang selalu Beliau cerita pada Ummi “Kak Ummi, Za kena masak kat mak dulu sebelum pergi event”. Dari cerita Cik Za, dapat Ummi agak yang beliau seorang yang bertanggung jawab terhadap keluarga. Untung aihhhh kalau siapa-siapa dapat pikat hati Cik Za, oppppss 😄😄😄😄😄😄😄 BERMULA SEBAGAI KERANI SAMBILAN Beliau ini ada pengalaman bertugas sebagai Pembantu Tadbir p/o di Perbadanan Putrajaya di Unit Perancangan Bandar Selama 1 tahun setengah. Sebelum mendapat jawatan tetap di Ibu Pejabat Risda Kuala Lumpur sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Sebab tulah Cik Za melayan semua orang tip top. Tak menyesal dapat kenal Cik Za tau. PESAKIT SLE Cikza juga pesakit sle yang kini menerima rawatan selama 6 tahun di HUKM sehingga harini. Kehidupan positif sangat dititikberatkan demi penyakit yang di hidapi. Sentiasa senyum dan happy itu adalah diri Cikza dalam hidup sebagai seorang Pesakit SLE. Cekal sangat Cik Za ini. Dalam menghadapi penyakit SLE ini , tetap aktif dan bersemangat. Kehidupannya diteruskan tanpa orang tahu beliau penghidap penyakit SLE. Sama-sama kita doakan Cik Za dan juga kita sentiasa sihat dan juga diberikan kesihatan yang baik. KEISTIMEWAAN BLOG CIKZA.COM, TOP  LIFESTYLE BLOGGER MALAYSIA  Cikza menggunakan niche lifestyle yang memfokuskan makanan berkongsi apa sahaja tentang makanan, termasuk suka memasak dan berkongsi resepi yang sentiasa beliau masak. Cik Za jika nak bandingkan dengan Ummi yang anak 4 orang ni, beliau lagi cekap memasak. Mungkin sebab Cik Za sentiasa masak untuk mak dan keluarganya, itu yang menjadikan setiap masakan Cik Za sedap dan menyelerakan. Nak diet dilarang kawan dengan Cik Za okeh!! sebab apa tau, nanti Cik Za kena marah sebab menjadi perosak diet korang semua. Blog cikza juga turut berkongsi tentang pengalaman percutian dan review produk serta event jemputan. Cik Za ini satu kelebihan dia, apa sahaja perkara baik-baik yang dia tahu pasti beliau kongsikan dalam blog. Even, produk yang digunakan untuk cantik , Cik Za kongsikan. Sebab apa tau, Cik Za nak semua pembaca blognya Cikza.com sihat dan kelihatan segar sentiasa. Seperti Ummi katakan kata, Cik Za sangat menitikberatkan kehidupan positif. Untuk sekarang, Cikza secara sambilan adalah pegawai pemasaran online simpanan khas SSPN-i Plus untuk anak-anak dan juga sesiapa yan ingin menyimpan dengan SSPN-i Plus. Boleh berhubung dengan Cik Za juga selain daripada Ummi sendiri. Setiap permasalahan pasti Cik Za akan bantu untuk diselesaikan. Okaylah, Ummi dah cerita tentang blogger pilihan Ummi kali ini. Di bawah ini ada details tentang Cik.Za. Boleh la terjah blog Cik Za / FB dan IG Cik Za. Semoga berjumpa lagi nanti, dan Ummi akan introduce lagi blogger  lain yang hebat-hebat juga. Detail cikza : Cik Haniza Mohmad Email : admin@cikza.com / cikzacom@gmail.com Blog : www.cikza.com FB : facebook.com/cikza.mohmad Ig : instagram.com/cikzacom Phone : 012-2507234 Selamat berkenalan semua. Related