ANAK SUKA CONTENG DINDING?

MAJALAH PA MA

ANAK SUKA CONTENG DINDING

Hi semua, Ummi baca facebook hari ini. Ohohoooo, kreatif ka bila anak suka conteng dinding? Erghhhh.. anak Ummi pun macam ini juga. Anak yang suka conteng dinding ini kreatif ker. hahhahah  Cer teka siapa?

MAJALAH PA MA

SIAPA SI DIA?

Si dia? Dia ini memang suka sangat membaca buku. Setiap kali orang lain baca buku, dia pun berlari ke sana sini untuk membaca dan menulis.

Tapi, Ummi selalu menjerit!! ***** owhh… conteng dinding Ummi!! Alaahai sayang, Tak pernah lagi anak Ummi yang conteng dinding. Adakah ini sebab kamu lain jantina??

Eh… siapa yer rasanya?

Ini dia orangnya. Jeng..jeng.

jeng!!

ANAK SUKA CONTENG DINDING

Hahah,sabar je la Ummi. Mungkin sebab kakak perempuan kan.. so kecomelan dia dia nak expressikan kat dinding. Tapi bagusnya, kakak boleh pegang pensil dan buat bulatan dengan baik. So, Ummi kena bersyukur sebab anak ummi normal. Bukan dalam kategori Autism. Alhamdulillah.

Cerita Anak Autism

5  TIPS ANAK BELAJAR DI AWAL USIA : 

1: Kenal pasti anak melalui V.A.K 

Anak-anak kita ini senang nak bentuk jika kita dah kenal jenis apa mereka. Ada anak-anak yang visual. Bermakna mereka perlukan suport semasa belajar. Oleh sebab itu Ummi puas hati sangat dari anak pertama Ummi gunakan Set Noddy sampai la sekarang. Kita pasang jer kat tv, biar anak-anak tontong dengan cara mereka sendiri. Tapi kalau guna VCD ini ianya gabungan V dan A. Auditory, bermakna anak suka belajar melalui mendengar. So, no wonder la kalau anak tak tunjukkan dia menonton tapi masih dapat wordning yang dia dengar. Ke-3 K, kinestetik – apa tu kinestetik? Anak yang suka berlari-bermain sambil belajar. Tanpa pergerakkan macam tak lengkap. Macamana sekalipun masa belajar mesti anak nak main. Salah anak ke? Tidak, biarkan..satu masa dia dah pandai sikit, sure mak ayah akan sedar..eh, main-main jer boleh jer ikut apa yang dipelajari..Sebab itu la anak-anak ini istimewa. Kita sebagai ibu bapa layan jer.

2: Latih membaca guna PHONICS

Ummi bersyukur sangat kerana dipermudahkan urusan untuk anak membaca awal usia. Along belajar membaca dari usia 4 tahun, kini usia 6 tahun dah lancar membaca. Ummi belikan mereka set buku bacalah anakku, tapi sebab Ummi tak ada kemahiran untuk mengajar, jadi Ummi hantar ke kelas malam. Syukur Along boleh membaca lancar tanpa pernah hadir kelas formal untuk tadika. Kini Angah 3 tahun dah mula kelas belajar membaca selama2 bulan. Ummi nampak perubahan positif juga pada Angah. 2 bulan Angah dan boleh membaca sehingga buku 2 set bacalah anakku. Mungkin sebab cikgu yang mengajar juga adalah cikgu yang berpengalaman dan fokus kepada mengajar membaca.

3: Ganjaran sebagai pemangkin

Ummi suka beri ganjaran kepada anak-anak melalui hadiah. Tapi mereka bukan sewenangnya dapat hadiah tanpa usaha. Apabila dapat satu-satu kejayaan barulah impian mereka akan Ummi penuhi. Contoh mereka nak hadiah motor mainan, Ummi hanya belikan apabila Along berjaya ubah buku  ikut step bacalah anakku ataupun ada komen positif daripada cikgu yang mengajar. Sama juga dengan Angah dan Cik Sarah.

KOMEN UMMI : 

Biarlah anak nak menulis, tapi kita wajib sediakan medium untuk dia luahkan perasaan. Whiteboard atau papan tulis juga salah satu cara yang baik, selain pen dan kertas. So, ibu-ibu wajib beri anak pendidikkan awal tau. Penting untuk anak membaca awal, sebab kita nak bangunkan jati diri dan minat dalam minda mereka terhadap membaca. Balik kepada topik, jika anak suka conteng dinding itu tandanya posiitf. Percayalah dan yakin bahawa dia bakal jadi anak yang hebat. Semoga bermanfaat, jumpa lagi.

Artikel berkaitan :

Pesta Buku Antarabangsa 2016

Bacalah Anakku

Angah mula ke kelas membaca -Bacalah Anakku

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge