YAKIN TAK DENGAN SEDEKAH?

YAKIN TAK DENGAN SEDEKAH? 

Yakin tak dengan ganjaran bersedekah? Pernah dengar kan orang selalu cakap, sedekah itu lebih baik disaat tiada atau masa rasa tak cukup. Baru-baru ini Ummi alami sendiri. Cukup terkesan dengan apa yang Allah swt beri.

Melihatkan baki kat akaun bank, simpanan menyusut. Tapi hati ini dah nekad untuk belikan sesuatu untuk ayah(suami kepada pengasuh anak-anak) sehelai tshirt raya.


Jpeg
JpegSERONO

Bukan apa-apa sekadar nak berkongsi rasa seronok sahaja berhari raya. Sebab tahun ini ayah sendiri dah tak ada bagi tahun ke 3, jadi apa salah belikan untuk ayah lain pula. Ayah berusia 56 tahun,so Ummi sendiri rasa macam ayah Ummi.

Balik kerja terus cakap kat Mr Suami

“Sayang jom singgah Aeon belikan tshirt kat ayah.”

“Sayang nak pakai bajet mana?” soal suami.

Tak pe,memang dah ada bajet. Jawab Ummi. Balik kerja singgah sekejap dan kami dapat 1 tshirt maroon untuk ayah.

Masa ini beri memang tak harapkan apa-apa balasan mahupun ganjaran. Sebab memang nak bagi. Dah nekad nak bagi.

2 hari berlalu….. tiba-tiba jumpa seseorang semalam, Ummi di panggil dan satu sampul raya di berikan. Katanya Duit Raya. MasyaAllah, ingatkan biasa-biasa sahaja jumlahnya.

Buka jer sampul, Ummi tengok note biru beberapa keping. Kira punya kira, okay sejumlah wang.

Pagi ini duk teringat duit raya lagi. Baru tersedar yang jumlahnya 10x ganda daripada nilai tshirt yang Ummi belikan pada ayah. Masyaallah.

Allah balas segera. Menyesalnya tak belikan yang lagi mahal😂. eh! Bukan tamak, tapi Allah ajar Ummi agar beri sesuatu tu ikhlas. Bila ikhlas Allah sendiri bagi tak perlu nak minta.

Syukur sangat.Bukan susah nak tenang dan kaya. Teringat kata-kata Datuk Dr Prof Muhaya “ADA→ BERI→ DAPAT” , Jangan berkira-kira dengan Allah swt, sebab DIA tidak pernah berkira-kira dengan kita pun.

Motivasi pagi ini. Dan juga ingatan untuk diri sendiri. Okaylah, sebelum mula kerja, jom sedekah sendi kita dengan solat DHUHA. 😊😊😊 Salam Jumaat.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge