Saya dan keluarga

TERPAKSA MC BILA UMMI DAN ANAK BONGSU DEMAM

TERPAKSA MC , UMMI DAN ANAK DEMAM

Semalam Ummi terpaksa MC sehari sebab adik(anak bongsu Ummi) dengan Ummi dua-dua tak sihat. Letih agaknya dengan cuaca panas dan perjalanan lama juga dari kampung hari tu. Jadi, bangun pagi semalam, terus pergi Klinik Kesihatan Semenyih. Mesti ramai tanya, awat pergi Klinik Kerajaan? Sekarang servis kat Klinik Kerajaan dah okay tau. Tambahan untuk baby dan juga dewasa memang akan dilayan atau diberikan keutamaan. So, pilihan kat tangan kita nak pergi mana satu. Kalau fah oergi kat Klinik Kerajaan dah bokeh save RM40-Rm80. Alang-alang boleh simpan untuk beli emas kan.. ni semua pengaruh Tokey Emas Haji Shaiful asyik suruh beli dan simpan emas. Lagi hebat, mana tau, boleh buat muka beli rumah kedua. Ini pula pengaruh daripada sifu Tn Azizul Azli Ahmad, sifu hartanah.

PicsArt_07-13-11.16.48

Kami sampai klinik jam 8am, jam 9 dah settle. Kira okayla kan..bukan ambik masa 12 jam kena beratur. Dan lagi satu, yang check pun Doktor bukan M.A. Jadi, apa nak risau , servis daripada Doktor bertauliah tu. Sebab Ummi bf, maka doktor decide bagi ubat yang kurang mengantuk dan adik baby Doktor bagi syrup dan multivitamin. Mujurla senang nak bagi dia makan ubat.

IMG_20160713_080044

Itu cerita semalam, masing-masing Ummi dengan baby ambil ubat yang diberikan nampak la perubahan. Lepas makan ubat demam Zakkir tidur lena. Dan nampak dia rehat dengan tenang, yerlah malam sebelum tu tak lena, maybe sakit sangat tekak dia kut. Bila doktor check macam ada ulser dalam mulut dia. Lepas makan ubat , dan mandikan dia, macam banyak perubahan. Daripada baby Zakkir tak nak bf, hari ini dah okay sikit. Nak bf pun dah cukup rahmat, Ummi dah tak susah hati sangat. Kalau tak, huishh risau sangat. Bila baby tak nak bf, dia lapar mulalah menangis. Esok harapnya dapat la bekerja semula. Hari ini terpaksa bercuti sehari setelah semalam mc.

IMG_20160712_152451

Kawan-kawan Ummi yang baca posting ini, doakan Ummi dengan baby Zakkir sihat ya. Terima kasih semua.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *