blogger wanita famous
Masam Manis "Life"

UCAPAN SEMPENA GATHERING KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Assalamualaikum. wbth

Terima kasih kepada Puan dan Tuan pengerusi majlis Puan Shiqeen Sattar dari Shiqeen sattar.com dan Tuan Muda Razzey dari razzey.com yang bersedia untuk menjadi pengacara majlis kita pada hari ini.

IMG-20160730-WA0062

Saya, Nooraini Binti Ali atau lebih dikenali dengan Umminani, wakil daripada kelab blogger ben ashaari sangat berbesar hati dengan kehadiran Dato/Datin/Tuan-tuan dan Puan/Puan sekalian untuk bersama-sama ahli komuniti kelab blogger ben ashaari pada hari ini.

IMG-20160730-WA0079

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang serba indah pada hari ini. Saya mewakili kelab blogger ben ashaari ingin merakamkan jutaan terima kasih semua penaja yang sangat berbesar hati meraikan kami semua.

IMG-20160730-WA0048

Penaja Lokasi & Makanan UMMIZA CAFE

Penaja Burger SECONDITEM BURGER BANTING

Minuman Rasmi Oleh YEO’S MALAYSIA

Penaja Hamper Utama :

IMG-20160730-WA0060 IMG-20160730-WA0049

COSMODERM

TIGERUS

FATA BESTARI HOLDING , terima kasih banyak-banyak.

Tanpa sokongan pihak penaja, khasnya Ummiza Café, pasti majlis gathering pada hari ini tidak dapat disempurnakan.

LATAR BELAKANG KBBA9 DAN KEAHLIAN

Untuk pengetahuan semua, keahlian kelab blogger ben ashaari ini sehingga kini seramai hampir 120 orang dan latar belakang mereka terdiri daripada pelbagai latak balakang yang istimewa. Ada antaranya seperti saya, government servant, ada yang usahawan malah tidak kurang juga yang masih belajar. Latar belakang yang berbeza inilah yang mewarnai dan memeriahkan kelab blogger ini.  Saya sendiri amat tertarik dengan kelab blogger ini pada awalnya kerana melihat mereka didalam komuniti ini saling memberikan kerjasama yang baik . Ianya dapat dilihat melalui #hashtaq kelab blogger ben ashaari.

Malah kami amat berterima kasih kepada ben , kerana memilih  dan membuka keahlian kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada kelab blogger ben ashaari, waima daripada zero knowledge tentang blog sehinggalah menjadi antara blogger yang berpengaruh. Tahniah dan TERIMA KASIH kami ucapkan kepada BEN ASHAARI. (berikan satu tepukkan kepada BEN ASHAARI).

TUJUAN

Kelab blogger ben ashaari pada asasnya mengumpulkan blogger-blogger dari seluruh pelusuk negeri untuk bersama-sama menjadi satu komuniti yang bukan sekadar menulis, tetapi menjadi antara penulis yang berpengaruh, menjadi penyampai dan penyumbang berita yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Oleh sebab itu, pengasasnya iaitu BEN ASHAARI sendiri sentiasa menasihati dan membimbing ahli kelab blogger ben ashaari untuk menulis perkara yang baik-baik dan memberikan manfaat kepada pembaca.

Ben sendiri menekankan bahawa,  biarlah  blogger dipandang antara orang yang membantu memberikan informasi yang benar dan menjauhi daripada perkara yang negative. Biarlah tulisan blogger-blogger ini menjadi inspirasi malah jika ditulis kearah kebaikkan diharap ianya menjadi asbab kepada saham akhirat kita semua kelak. AMIN

Semoga kerjasama yang ditunjukkan bukan berakhir disini, tetapi saya mendoakan agar kelab blogger ben ashaari dapat memberikan lebih manfaat kepada ramai orang melalui penulisan di blog dan lain-lain media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya.

Saya juga sentiasa berharap, pihak penaja tidak serik bekerja sama dengan kami semua, malah kami mengalukan jika ada lagi kerjasama yang boleh kita sama-sama laksanakan selepas ini. Saya juga mengalukan lebih ramai usahawan atau pihak yang berminat bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari tampil atau berhubung dengan kami. Insyaallah, kami cuba memberikan kerjasama yang sebaiknya.


INILAH YANG DIKATAKAN,

UMPAMA BELAYAR TELAH SAMPAI DI PELABUHAN

UMPAMA BERKAYUH TELAH SAMPAI DI MUARA

UMPAMA BERJALAN TELAH SAMPAI DI DESTINASI

TIADA UNTAIAN KATA YANG MAMPU DILAFAZKAN

SELAIN

UNGKAPAN RASA SYUKUR

DAN UCAPAN TERIMA KASIH KAMI

BUAT SEMUA ATAS KESUDIAN HADIR

DAN

MEMERIAHKAN LAGI  MAJLIS  YANG  PENUH  KEBERKATAN  INI.

MAWAR MERAH DI ATAS PETI

BUNGA MELUR SAYA KALUNGKAN

TUAN RUMAH BERBESAR HATI

APA YANG KURANG MOHON MAAFKAN

Sekian. Wabillah hitaufiq….

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *