BABY SUSU IBU KINI 4 BULAN DENGAN MILK BOOSTER IBUSURI

BABY SUSU IBU DAH 4 BULAN , IBU MINUM MILK BOOSTER DARI IBUSURI

Ummi seronok sangat, baby Ummi dah masuk 4 bulan 16 hb ni, membesar dengan sihat hanya dengan susu ibu dan Ummi minum milk booster daripada ibusuri.

PicsArt_07-21-10.07.44

Yang bestnya berat baby dah 7 kilo lebih..berat tak berat tu? Bila baby Zakkir dah 4 bulan, seronok Ummi dia dah nak boleh kedepan. Wah kalau ada ibu ibu ada anak kecik macam Ummi mesti ada perasaan sama kan. Walaupun bersalin secara operation, alhamdulillah kami berdua sihat.


SUSU IBU BAGI BABY KENYANG DAN TIDUR SELESA

PicsArt_07-21-10.10.07
Baby Zakkir ni kategori cepat besar juga. ramai yang tanya ummi bagi minum apa? Ummi cakap “Ummi bagi susu ibu sahaja”. Betul, susu ibu sangat membantu. tapi untuk Ummi maintainkan susu, kena rajin sangat pam. Kalau stress tu memang susu drop sangat, tapi Ummi sabarkan hati dan terus berdoa agar susu ibu cukup untuk baby Zakkir. Untuk baby Zakkir, bila baby dah kenyang Ummi pun tidur lena. Sangat mudah nak jaga baby. Baby kurang meragam bila perut kenyang. Isu baby Zakkir kembung perut ke atau angin memang Ummi tak pernah hadapi. Anak-anak Ummi Allah bagi mereka perut yang serasi dengan apa juga yang Ummi makan.


MAKANAN BERKHASIAT UNTUK UMMI DAN BABY

PicsArt_07-21-10.08.52
Bagi ibu ibu jika 1st time, atau baby pertama, masa pantang tu makan sahaja apa sahaja yang dianggap selamat. Kalau Ummi bab pantang ni, makan selagi doktor cakap makanan tu okay. So, bila Ummi makan pun okay susu untuk baby Ummi pun okay. Nak tahu susu ibu ini bagus ke tidak, senang je, bayi minum.tak ada alahan. Bagi Ummi sebab tu ibu -ibu perlu minum susu sebagai makanan tambahan kepada ibu dan bayi. Nak minum susu apa? Klik sini.

So, jika ibu-ibu risau baby tak nak menyusu maka banyakkan sabar. Ibu sokong baby dengan beri baby sentuhan dan banyakkan peluk baby supaya baby rasa selesa dan suka minum. Lagi, baby kena cukup tidur untuk tumbesaran sihat. Bila baby dah sihat, Ummi mama ibu semua sihat dan taklah mengantuk untuk pergi kerja kan😊.


PERINGATAN BERKENAAN VAKSIN DAN KEPERLUAN KEPADA BABY

Lagi, bab vaksin, Ummi beri mengikut ketetapan daripada kementerian kesihatan. Sebab ummi bukan pakar. So, harap ibu ibu lain juga berikan yang terbaik kepada anak-anak termasuk cukupkan vaksin mereka. Namun, jika ada yang tak setuju, Ummi doakan baby kalian selamat membesar dengan sihat.

Okaylah, Ummi nak teruskan mengepam susu untuk baby. Jumpa lagi ya. Selamat menyokong penyusuan ibu.

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge