Kerjaya

Majlis Jalinan Ramadhan 2016

MAJLIS JALINAN RAMADHAN UNTUK PETUGAS BADAN BERUNIFORM SEMPENA RAYA 2016

Majlis Jalinan Ramadhan 2016| untuk anggota keselamatan khas diadakan oleh Pergerakkan Wanita UMNO Malaysia yang di naungi oleh YBHG Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Malaysia. Sumbangan diberikan kepada petugas sepanjang hari raya 2016.

Jpeg
Bersama Puan Sri Dato Imran, Isteri KPN.

Rasa dihargai sebagai salah seorang warga keselamatan, Thank you Pergerakkan Wanita UMNO. Sebenarnya bila datang sini nampak kerjasama drp pelbagai jabatan terutama badan beruniform.

IMG_20160630_093817

Langkah langkah keselamatan| Semua golongan masyarakat diingatkan supaya mengambil langkah keselamatan. Cuti-cuti begini jika berkelah dan sebagainya pastikan kawasan selamat, kenalpasti bahaya di kawasan pantai , tasik dan empangan. Dan jangan dilupakan atas jalan raya juga ..pastikan papan tanda diikuti dan dipatuhi.

Jpeg
Kerjasama pelbagai jabatan mengukuhkan perpaduan dna kerjasama.

Bukan apa, kalau kita semua saling memperingati juga itu satu JIHAD. JIHAD yang tak ramai orang nampak kesannya dan hebahan perkara-perkara yang baik ini besar impaknya kepada sahabat dan sedara mara kita.

TAN SRI Ketua Polis Negara merakamkan ucapan :

“Terima kasih kepada Pergerakkan UMNO Malaysia yang menganjurkan majlis ini bagi hargai jasa dan pengorbanan badan keselamatan”.

“Wanita tulang belakang dalam keluarga. Tanpa wanita goyah sebuah keluarga. Ybhg Tan Sri Shahrizat juga berkata wanita amat perlu bagi menjalankan kerja kebajikan dan sokongan kepada suami-suami yang menjalankan penugasan di lapangan”.

Setelah selesai ucapan, masing-masing ketua jabatan menerima sumbangan raya bagi disalurkan kepada anggota yang bertugas sepanjang musim perayaan pada kali ini.

Selamat bertugas kepada rakan setugas yang sedang menjalankan tugas dan perlu bertugas sepanjang hari raya tahun ini. Selamat hari raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *