HAPPY BIRTHDAY SAYANG

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

IMG_20160725_203520
23 Julai 2016 genap usia Mr Suami ke 32 tahun. “Happy Birthday Sayang”. Alhamdulillah di berikan kesihatan yang baik serta memiliki kesempurnaan kurniaan Allah swt. Tanpa mu siapalah daku …ewah..


SAMBUT DENGAN MAK DAN ABAH 

IMG_20160723_123048

Seringkali setiap kali birthday Ummi akan sambut dengan suami. Dan tak lupa juga mak dan abah yang membesarkan suami. Sebabkan kali ini ,birthday pada hari Sabtu maka Ummi ambil kesempatan untuk meraikan bersama mak dan abah dahulu. Yer la, jika tak ada mak dan abah mana mungkin Ummi akan bertemu dengan Mr Suami kan..😄

Jpeg

Pagi Sabtu lalu, Ummi dan Mr Suami ajak mak dan abag serta adik ipar meraikan birthday suami (bahagian 1 ) 😊 kat AEON Big Bandar Tun Hussien Onn. Kami jumpa di KFC jam 11.00 pagi.

Yang terlebih seronok bukan si abah, taoi anak-anak. Yer la, 6 kali birthday, 6 kali jugaklah birthday mereka. Hahaha… layan jer la kan..mujur tak minta hadiah sekali. Kalau tak mau kena sediakan lagi 3 hadiah +1 hadiah abah mereka.


GHOSTBUSTER

Tapi siapa yang dapat rasa dilayan kan…bila dengan anak-anak habis lah si abah. So kami decide untuk meraikan bersama berdua-duaan pada hari Isnin semalam.

Jpeg

Macam biasa hantar anak ke rumah pengasuh dan Ummi abah berjalan la…selamat tinggai anak-anak Ummi😀😀. Kami pergi tengok wayang , sebab tak tahu nak layan cerita apa yang best kami hanya menonton GHOSTBUSTER.
Sinopsis cerita nanti Ummi cerita okay(walaupun lambat😀).

Selesai menonton, dah jam 1.30 tengahari, jadi kami solat dulu. Sebab kami hanya habiskan masa di AEON BALAKONG, so Ummi decide nak cari hadiah untuk pengasuh sekali.


BIRTHDAY MAMA  DAN KAK DEE

Jpeg

Birthday mama, 26 Julai dan Kak Dee 27 Julai. Belilah hadiah sekali sebagai tanda penghargaan. kak Dee Ummi belikan jam tangan dan kat Mama tudung De Salma. Okaylah daripada tak beri apa-apa kan.😄

Nak makan besar tak ada lah kali ini, cuma Ummi belanja makan kat Aliff Bistro..hahaha kejamnya isteri solehah!! Bukan gitu, Ummi ada plan lagi baik punya..hahha..jangan salah sangka..kedekut amat si isteri ini yer😂.

Okay apa lagi cerita birthday Mr Suami seterusnya? Nanti okay. Yang romantik sikit. Okaylah..menaip ini pun otw pergi kerja, atas motor..haha sempat kau!! bye

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge