Umminani

BERSALIN CEASER KE NORMAL?

BERSALIN CEASER KE NORMAL?

Bila tiba saat nak bersalin, ada yang pening, risau dok pikir nak bersalin ceaser ke normal. Tak Kurang yang memilih untuk ceaser sebab katanya tak sakit berbanding bersalin secara normal. Malah ramai orang cakap:

“Penat ooo bersalin! sakit ooo! Tak mau dah…merana !”

Tapi sebab sakit tu lah kita ibu-ibu di bersihkan daripada dosa-dosa kecil.


BERSALIN PENGHAPUS DOSA KECIL

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosanya seperti mana ibunya melahirkannya”. Masyaallah besarnya ganjaran daripada Allah swt untuk sekalian kita yang bergelar ibu. Hadis ini merujuk kepada wanita solehah. Setiap kali kita bersalin, dosa-dosa kecil kita akan gugur, dan kembali bersih daripada dosa.

Jika kita takut mati ketika bersalin ,risau gemuk lepas bersalin sama-samalah kita bertaubat, kerana ganjaran yang Allah swt janjikan lebih besar tak ternilai dek akal mengira. Masyaallah. Bersyukur disaat kita sedang bermain dengan anak dan melalui proses kehamilan ,masih ada rakan kita yang meninginkannya.


4 ANAK 7 TAHUN USIA PERKAHWINAN

IMG_20160706_102442

Sepanjang hampir 7 tahun usia perkahwinan Ummi, Ummi diberi peluang bersalin sekali normal dan 3 kali ceaser oleh Allah swt. Namun, Ummi bersyukur tiada satu pun yang memudaratkan malah menyakitkan. Semuanya berlaku secara baik dan tiada tinggalkan kesan yang buruk. Ummi sehingga kini, memilik 4 cahaya mata, Alhamdulillah sihat dan masih dapat jalankan tugas seperti biasa.


Artikel berkaitan:
BERSALIN & BERPANTANG PART 1
BERSALIN & BERPANTANG PART 2
BERSALIN & BERPANTANG PART 3

BERSALIN & BERPANTANG PART 4

Bab pantang, Ummi bukan 100% ikut amalan tradisional, tapi berpantang inut kemampuan. Hanya anak pertama dan kedua mak jaga, dan yang lainnya berpantang sendiri. Alhamdulillah dengan set Ibusuri juga banyak bantu Ummi ketika berpantang.


CEASER ATAU NORMAL?

Kembali kepada cerita bersalin. Waima nak bersalin di air atau secara normalahupun ceaser semuanya pilihan kita. Pilih yang mana selamat dan kita yakin. Sebab kita kena usaha juga untuk bersalin ini. Sebab tu ada isu bersalin dengan doktor lelaki atau wanita. Ummi sendiri memilih untuk bersalin swasta dengan doktor perempuan bagi anak sulong dan kedua. tapi bila emergency anak ke 3 ,Ummi kuatkan azam berdoa supaya dapat doktor perempuan di labour room. Ummi dapat apa Ummi doakan walaupun dalam keadaan kecemasan. Sebab yang gerakkan sesuatu tu Allah, bukan kita. Minta sahaja daripada Allah swt. Yakin!


BERSALIN DALAM AIR

PicsArt_07-14-09.45.31

KENYATAAN AKBAR DAN KOMEN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KLIK SINI)

LAGI : Klik link

Water births have no proven benefit and could be dangerous: Study highlights risk of infection and breathing problems for babies.

So, bab nak bersalin dalam air, Ummi tak nak komen lebih. Pilihan kat tangan kita. Buat keputusan yang baik untuk zuriat yang kita kandung 9 bulan 10 hari. Bukan senang nak capai 9 bulan dan selamat. Kalau tak jadi apa-apa alhamdulillah. Kalau sebaliknya menyesal tak sudah. Jadi, doa banyak-banyak bagi ibu yang nak bersalin dalam masa terdekat dan pilih hospital serta doktor yang anda yakini. Kalau tak boleh memilih, teruskan doa dalam tahajjud dan doa setiap masa. InsyaAllah Allah swt akan permudahkan.

17 Comments

  • Anuar

    Tahniah! Dalam tempoh 7 tahun perkahwinan dah ada 4 orang anak… Nampaknya kalau ada rezeki, boleh dapat 7 orang anak ni…. Tahun ni saya dan isteri dah masuk tahun ke 10 perkahwinan… Anak pertama hingga ke 3 bersalin normal… Anak ke 4 operate sebab baby besar… Nampaknya setakat anak ke 4 sajer rezeki yang kami ada… Namun begitu tetap bersyukur dengan rezeki yang ada…

  • PCL

    Wife sy dah serik nk bersalin lagi katanya sakit dan trauma. Anak 2 org dah besaq panjang pun, ingatkan nak tambah anak bila keadaan mamaD dah ok sikit tapi faktor umur dah x izinkan.. redha. Tetap bersyukur dgn kurniaanNya.

    • Admin

      rezeki dah ditentukan 2 org je..kami pun 4 ni la yang ada.. kena jaga baik2..dah tak ada ganti lepas ini.

    • Admin

      yer cik za, namun begitu ada yang kata bagus. kita pilih yang mana kita yakin..itu terbaik. insyaallah

  • Aku penghibur

    Alhamdulilah Allah beri anak2 yang comel. Acik pernah 2 kali jga kakak masa pantang bersalin. Pertama normal dan kedua bedah dan yang bedah lebih teruk.Kesian tgk dia..effect pun lepas bersalin lebih lgi.

    Bersalin dalam air europe culture yang suka tapi bila pakar kata tak elok jadi dengar kata pakar

    • Admin

      akhirnya sudi achik mencemar dulu mai rumah akak yer…tq achik, akak doakan achik dipermudahkan dapat jodoh yang baik hati dan solehah.

    • Admin

      Insyaallah Yanie, usaha dan doakan. Usaha bermakna terus meminta,jika belum allah nak Yanie dating dengan DIA banyak lagi di sepertiga malam. Merayu dan merayu pasti tiba masanya nanti. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *