Kerjaya

SKILL BERCAKAP SEBAGAI PENGACARA MAJLIS

SKILL BERCAKAP SEBAGAI PENGACARA MAJLIS

Sejak dulu Ummi memang suka bercakap. Masa sekolah rendah masuk pertandingan bercerita , sajak, pentominb dan lain-lain pertandingan untuk bercakap.. hahaha nampak sangat kuat bebel kan..? Sebenarnya tidak juga, tapi bila dapat bercakap tu rasa best. Ada skill, tapi skill kena polish untuk lebih hebat.

Sebab tu sejak dari sekolah cikgu percaya kut. Keberanian ada di situ. Dari situlah membentuk minat dan peribadi. Lepas sekolah rendah, masuk kat Sek. Men. Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau masih maintain sikap yang penuh keberanian dan bercakap masa tu memang tak  ada perasaan malu. Dari situ di lantik jadi penolong ketua kelas dan juga ajk-ajk di asrama. Jawatan yang dipegang sejak sekolah sangat bermanfaat sebenarnya untuk masa depan. Jadi , ibu-ibu sekalian, jangan nak marah anak kalau dia nak aktif semasa belajar. Ianya bagus untuk develop skill.

Lepas sekolah menengah di Arau, sambung ke MRSM Pendang. Disini up sikit, jadi Setiausaha Badan Wakil Pelajar. Huh…di MRSM kena berpidato dan sebagainya untuk menang undi . Manifesto dah macam orang kerajaan. Memang pengalaman manis. Rindu MRSM Pendang. Cara belajar sini memang berbeza. Sebab tu , nak jadi influencer kena pandai bercakap.. 🙂

FB_IMG_1462326907958

DEVELOP SKILL

Nak develop skill juga perlukan guru. Ummi bertuah kerana dapat berguru dengan insan hebat iaitu Tuan Rizal Rashid. Masyaallah ilmu yang diberikan memang bagus. Intonasi, story kita sangat memainkan peranan supaya audiens suka. Siapa nak berjaya wajib hador kelas Tuan Rizal Rashid tau.

Antara yang Tuan Rizal sampaikan pada kami pada sessi personal Coaching adalah :

Antara lain yang saya tanya adalah macamana nak kawal nervous bila bercakap di hadapan audien..

Dananjaya kata, ” Be Familiar with your topic “.

Dia sambung lagi, bila last you naik basikal? Kalau you dah lama you tak naik basikal mesti you rasa nervous. So same goes tu public speaking..

FB_IMG_1462326888407

PELAJARAN BERGUNA SESSI PERSONAL COACHING TUAN RIZAL RASHID

Semasa sessi personal coaching juga kami diajarkan beberapa perkara :

Ada 6 Step dalam Public Speaking atau Membuat satu Ucapan/Penyampaian/Perkongsian.
1. Purpose
2. Message
3. Title
4. Opening
5. Content
6. Closing

Dan step Pertama adalah ‘PURPOSE’.

Kita perlu tetapkan apakah tujuan utama atau PURPOSE kita menyampaikan satu satu mesej. Menurut Dananjaya, Purpose ada 3:

 

1. Inform / Inspire
2. Persuade
3. Entertain

Tanya diri sendiri dahulu, Diakhir pembentangan/ucapan/perkongsian, apakah yang audien akan dapat.

Jika PURPOSE kita adalah untuk INFORM dan di akhirnya Audien berasa mereka telah di ‘Inform’, maka penyampaian kita berjaya.

 

FB_IMG_1462442959079

CITA-CITA MASA DEPAN

Ummi punya cita-cita yang amat tinggi(biar Ummi simpan dulu cerita cita-cita ini). Tapi nak capai cita-cita tersebut di PDRM lah permulaan kerjaya Ummi di masa akan datang. Ummi berjaya marketkan diri kat luar, why not dalam PDRM.. So, naik jer kerja 2016 kali ini, i now dah jadi orang baru. I want to be…… So, sekarang i kena aturkan perjalanan masa depan dengan lebih baik. Insyaallah.

PicsArt_06-01-01.10.02

As leaders, Ummi kena lebih berani, lebih kekuatan dan lebih hebat. Tiada apa yang perlu kita takutkan dan risaukan. Percayalah jika kita ikhlas, pasti ramai lagi mendoakan kejayaan kita di masa depan. Hari ini berdiri lagi di depan sebagai Emcee, dan boss memuji sebab boss sendiri sejak lapor ke Unit kami 1st time dengar suara emas Ummi. And mestilah my husband orang paling banyak bagi support. Thank you uolss..Doakan setiap daripada kita dapat cipta nama dan branding yang kukuh untuk memberikan manfaat kepada ramai orang.

PicsArt_06-01-01.03.20

PicsArt_06-01-01.02.42

Terima kasih Mr Suami dan boss atas sokongan yang diberikan.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *