Masam Manis "Life"

SENYUMAN MAK KEBAHAGIAAN ANAK

BERPUASA DI KAMPUNG

Alhamdulillah ada kesempatan balik Perlis berpuasa di kampung halaman. Seronok mak bila kami dapat balik. Agak-agak mak rindu anak dia ke cucu-cucu dia? Baru jer balik Perlis..rasa.macam awal bulan 5 hari tu jer..heheh tu la orang kata ,macamana jauh oun kampung sendiri tetap di hati.Kali ini balik sebab suami pun dapat cuti untuk habiskan final exam, jarak exam jauh-jauh so kami decide balik kampung berpuasa dengan mak.

Semalam (masa ini entry 1st day di kampung belum sempat update) masa.kat Kampung Tebuk,rumah arwah wan dan tok dengar mak bercerita dengan mak saudara.

“aku ini jauh ni pun tak berapa nampak~ (sambil tunjuk jarak dalam 10-15kaki)”

Umminani curi-curi dengar jer mak berbual dengan mak jang. Dah tu cerita dekat suami, suami tanya

“Nak buat spec baru ka?”
“Jom la sayang, kadang mak tak nak minta demgan anak-anak,sebab mak kecian kan anak-anak dan tak mau susahkan anak-anak”.

“Jom la esok kita bawa mak p buat spec mata baru”.

Pagi tadi terus ajak mak keluar. Kami hala ke GIANT(baru buka di Perlis dalam beberapa bulan sahaja).

Terus masuk ke dalam GIANT, nampak
kedai specmata, terus hala kesitu dan minta mak check.

“Ni yang aku tak mau ikut hampa ni!” ~Nada sedih😂😂😂😂

IMG_20160612_134449


SENYUMAN MAK SATU KEBAHAGIAAN

Melihat mak dalam senyuman, betapa bahagianya hati kami.

“Ya Allah,panjangkan usia kami dan kayakan kami dengan rezeki, supaya kami dapat.memberi lebih banyak lagi Ya Allah.”

PicsArt_06-12-09.34.05


CONTOH DAN TELADAN

IMG_20160612_142321

Ini pula gelagat anak-anak Umminani. hahaha macam-maca perangai dik oii… semua nak mencuba spec. Satu pelajaran untuk anak-anak Ummi…esok besar dah bekerja, berilah sebanyak mungkin yamg termampu. Dan jadilah seorang yang berhati mulia dan hidup dengan memberi. Semoga mak gembira…dan menjadi contoh dan teladan untuk anak-anak. 😊😊😊

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *