KBBA9

Photoshoot Raya 2016 Kelab Blogger Ben Ashaari

Photoshoot Raya 2016 Kelab Blogger Ben Ashaari

Photoshoot Raya 2016 Kelab Blogger Ben Ashaari Kali ini di taja khas oleh beberapa rakan penaja antaranya :

Lokasi: MATIC Website: www.matic.gov.my 

Banner & Props : Dalizgrafix  FB : Dalizgrafix  IG : Dalizgrafik  

Makanan : Cafe Cerita  Kambing  FB : Cafe Cerita Kambing IG : Cafe Cerita  Kambing

IMG-20160604-WA0015Pakaian Wanita : Deea Boutique FB: Bhaju Deea IG: Bhaju Deea

Pakaian Lelaki: Emin Madrosa FB : Emin Madrosa IG : Emin_Madrosa

Aksesori : Vonaish FB : Vonaish IG: Vonaish

Make Up Artist: Rita Rahman FB : Rita Rahman MUA IG: Rita Rahman MUA

IG Artistic Team:

@zanazack @put3ratnasari @makeupbywinwin @fetriany@farizha_mua @alkazamdacute @makeup_mimiezoll @raihana.basar @iamizuansani @aresue86 @syuhada_said @wearemarymary @makeup_byel @_violetgrape @farinabasneemakeup @byfidaramli @wanie_touch

Malam sebelum photoshoot Ummi ada dinner di Swiss Garden KL, balik malam tu pun dah jam 1 pagi. Jadi sebab letih sangat , pagi tu agak lewat bangun pagi. Dengan situasi hari sabtu tu nak bawa anak-anak lagi pergi photoshoot jadi agak banyak benda nak kena settlekan. But as usual, I okay jer…Cuma lewat dalam 30minit sampai.

Sampai jer kat Matic, sahabat blogger lain tengah make over. Jadi Ummi boleh la Tarik nafas lega sat…tak la lewat mana kan.. Majlis dan acara belum pun bermula sepenuhnya.

Bila tiba kat sana SHIQEEN SATTAR sahabat blogger Ummi dah uruskan semua pakaian untuk photoshoot pagi ini. Ummi ada juga bawa jubbah sendiri, tapi sebab teruja tengokkan baju sponsor lagi cantik, terus pakai baju sponsor by BhajuDeea. Ummi berkenan sangat dengan jubah pilihan SS untuk Ummi, sebab selesa kut… dan paling best very nursing friendly. Tarik jer zip dah boleh susukan adik Zakkir. Nak tahu apa jadi dengan baju ini??? Ummi terus contact butik Deea dan booking lagi baju patern sama untuk pakai. Mana boleh biarkan jer, dah la lawa dan kainnya sedap..kalau tak grab rugi kalau habis kat butik. Tudung Ummi juga sponsor by BhajuDeea dan pin comel oleh Vonaish.

IMG-20160604-WA0124

Make Ummi dengan YB Shehan oleh @Syuhada_Said. Very light make up. Dan boleh tempah untuk make up kahwin, tunang, dinner atau apa-apa juga event. Kami berdua rasa selesa dan seronok melihat wajah sendiri yang di make over oleh Syud.

Kecoh kat Matic tengok blogger ramai-ramai photoshoot. Owhhh meriah sangat..terasa nak beraya..walhal puasa belum lagi masa ini. Yang best lagi dengan sahabat blogger Ben Ashaari ini, semua sekepala. Tiada yang bawa pangkat atau darjat bila bersua muka. Tiada ada yang sombong mahupun yang tunjuk lebih cerdik..ini baru namanya ukhwah dan adik beradik(walaupun bukan seibu sebapa). Masing-masing pandai bawa diri.

IMG-20160604-WA0131

Geng kecoh, ini dia. Tengok sendiri dalam gambar. Ketawa tak ingat. Memori indah sangat dengan depa semua ini, Kak Ezza, Sha, Ainul Mustafa dan lain-lain sahabat yang berada kat Matic hari tu.

Jpeg

Jpeg
FB_IMG_1465109751788

Fuhh…panas terik hari tu, tak menghalang kami semua berposing okay! Ha..semua orang bagi kerjasama yang baik.. Tengok la adik-adik ini, pun pandai posing, esok besar depa nak jadi blogger macam Ummi depa juga niii . (Bergambar dengan Ainul Mustafa) .

Kemeriahan raya tahun ni dah kami rasai. Dah beraya sakan. Beraya dengan nasi beriani lagi. Sponsor by Café Cerita Kambing. Café ini terletak kat Anggerik Mall, Shah Alam. Nasi  beriani yang Ummi makan berlaukkan ayam masak merah dan kambing. Kedua-dua lauk best sangat. Anak-anak Ummi, Along dengan Angah berebut nak lagi nasi ini. Sedap sangat.IMG-20160604-WA0126

FB_IMG_1465109628764

Bagus juga kami photoshoot disini, sebab Ummi sendiri kali pertama jejak kaki kat MATIC.  Rupanya disinilah pusat untuk pelancong nak kenali Malaysia. Teringat dulu jalan-jalan kat KLCC ada mat salleh Tanya kami :

“Where is the way to bird park?”

Agaknya kami jawab apa??

“Sir u can go by train or komuter …blaaa..bla..blaa..” Susah nak explain..lain kali kalau ada yang Tanya suruh depa pergi MATIC je . Senang ..di MATIC ada peta ada semua la yang pelancong perlukan.

Sehingga petang tu kami bersama-sama gelak ketawa, maka masing-masin gdah kepenatan. Kami bersurai dalam jam 430petang. Teringat sampai hari ini , wajah-wajah comel make up by Rita Rahman, Nasi Kambing , dan tempat shooting yang best daripada MATIC. So, kerjasama sahabat Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini ibarat mini reunion bagi kami semua. Dalam berblog, bercerita pelbagai ilmu di kongsikan pada hari tersebut. Jadi doakan planning seterusnya berjaya kita laksanakan nanti. Terima kasih kepada semua penaja.

Selamat Berpuasa.


Artikel Berkaitan :

http://shiqeensattar.com/photoshoot-kelab-blogger-ben-ashaari/

http://www.shazillahsani.com/2016/06/event-review-photoshoot-hari-raya.html

 

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *