Op Selamat 9/2016 Sempena Hari Raya Aidilfitri.
Persediaan Pelancaran Op Selamat ke 9/2016. Mesyuarat demi mesyuarat diadakan bagi memastikan Op Selamat 9/2016 sempena Hari Raya Aidilfitri berjalan lancar tanpa sebarang isu.
Kami pihak berkuasa dah menjalankan tugas dan tanggungjawab kami. Tapi isunya, dimana kesedaran sivic pengguna jalan raya bagi memastikan kadar maut berkurang?
Yer tahu, kematian semua itu atas kuasa Allah swt. Dah di tetapkan setiap yang hidup pasti mati. Jadi, nak meninggal di jalanraya ke kat tempat lain? Kita masih ada masa untuk designkan hari kita dan kematian kita. Jagalah kesihatan dan juga pastikan sepanjang perjalanan balik raya selamat.
Tidak kurang juga setiap pengguna jalanraya memastikan supaya kenderaan yang bakal digunakan sepanjang perjalanan balik kampung dalam keadaan selamat.
Semoga berkat doa dan persediaan orang ramai dalam menghadapi jalan raya kali ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan menjadikan hari raya kali ini hari raya yang menggembirakan semua orang.
Jangan ingat lebuhraya itu kita punya sahaja, tetapi lebuhraya kegunaan semua. Jaga keselamatan kita dan keluarga serta pengguna jalan raya lain.
Sama-sama kita hebahkan untuk orang ramai, sahabat kita dan saudara kita berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Insyaallah kita sama-sama saling memperingati.
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
Jadi, tak salah jika kita berpesan-pesan kepada kebaikkan. Sama-sama kita hebahkan untuk orang ramai, sahabat kita dan saudara kita berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Insyaallah kita sama-sama saling memperingati.
MAJLIS PERLANCARAN OP SELAMAT 9/2016
Bagi pelancaran Op Selamat Tahun ini,satu majlis akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 28 JUN 2016
Masa : 10 pagi
Lokasi : UiTM Puncak Alam.
5 PERINGATAN UNTUK SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA
1) Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
2) Servis kenderaan yang bakal digunakan.
3) Selesaikan saman tertunggak bagi mengelakkan waran tangkap dikeluarkan sempena hari raya.
4) Pastikan kenderaan dipandu pada kelajuan yang disediakan.
5) Memastikan doa dibaca sebelum memulakan perjalanan.
Okay,selamat membuat persediaan balik kampung. Semoga Raya Tahun ini lebih bermakna untuk kita semua.
Selamat Hari Raya.
ARTIKEL BERKAITAN
Jadilah pengguna jalanraya yang berhemah dan bukan menunjuk gah
Shiqeen Sattar recently posted…Bibirku Seperti Angelina Jolie Akibat Sleek MakeUp Lipstick
Saya doakan semoga usaha Pasukan Amal Group Support Like mendapat sokongan daripada ramai pihak termasuk pihak kerajaan dan GLC… Terutamanya dalam memberi sumbanga dana untuk mereka yang memerlukan.
Anuar recently posted…Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
dah cuba tengok pasal rakan trafik, kat mna nak dapatkan borang..
thanks and good info..
Semoga pemandu sentiasa bersikap waras dan bertolak ansur. Dan banyak bersabar.