Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

MEMANDULAH DI LORONG KECEMASAN JIKA NAK LIHAT LEBIH RAMAI ANAK DAN ISTERI MENANGIS, BERAYA TANPA SUAMI DAN ANAK-ANAK.

MAUT SEHARI SEBELUM HARI RAYA ; MEMANDU DI LORONG KECEMASAN

Menjelang raya, orang seronok,tapi perasaan aku? Pastinya suatu ketika dulu, perasaan ini bercampur baur. Mana tidaknya, teringat beberapa tahun lepas ketika bertugas sebagai pegawai penyiasat kes trafik. Pagi sehari sebelum raya aku bertugas dengan rakan sekerja. Jam 715 pagi terima panggilan 1 kemalangan maut sehari sebelum hari raya. Rutin biasa, dapat panggilan kemalangan maut, kami terus dapatkan barang keperluan siasatan dan bergerak menghala ke lokasi. Namun, pagi itu bukan pagi yang biasa-biasa, bukan rutin!


BERSELERAK BAHAN UNTUK PERSIAPAN RAYA

Sampai di lokasi, air mata aku yang tidak seberapa gah ini menitis juga. Allahuakbar, terbujur kaku seorang lelaki di depan ku!! Sekeliling tubuh yang gah itu, berselerak kelapa parut, daging, daun kelapa untuk dibalut ketupat dan beberapa bahan lain. Makcik-makcik yang lalu lalang menangis. Dan lalu lagi yang lain mereka juga tak dapat tahan diri melihat jasad yang maut tersebut. Hiba dan sedih…..


TEWAS DENGAN PERASAAN

Melihat dan menyaksikan depan mata, seorang ayah yang beria menyiapkan persiapan raya untuk anak-anak hati aku tak tahan!! Sambil mengambil bahan bukti aku terpaksa sembunyikan air mata aku. Aku tewas dengan perasaan. Perasaan seorang anak yang inginkan ayahnya ada disamping ketika hari raya esok.

IMG_20160621_112010
Sumber: Siakap Keli

Dan aku juga tidak dapat menahan diri daripada marah dengan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya! Telah dihebahkan tidak boleh memotong di lorong kecemasan, tidak boleh memotong di lorong kecemasan!! Tetapi itulah yang disukai pemandu kereta! Lorong kecemasan jadi alasan ingin cepat sampai. Tidakkah terpikir wahai pemandu, penunggang motorsikal juga ada hak di jalanraya. Atas alasan nak cepat nak laju, kini satu jasad jadi habuan! Ego dan pentingkan diri sungguh!!.


KERIANGAN ANAK ISTERI DIRAGUT

Keriangan anak dan isteri lelaki tadi di ragut oleh pemandu tidak berhemah. Kita, nak pilih yang mana? Nak memotong di lorong kecemasan? Ego dan pentingnya diri kita, sehinggakan mereka yang bermotorsikal terpaksa takut dijalan raya kerana kerakusan pemandu lain di jalanraya.


TOLONGLAH!

Tolonglah, nak beraya tak lama lagi. Yang sudah pergi kita sedekahkan al fatihah. Bagi yang masih menunggang motorsikal di jalan raya,kita hormati. Elakkan daripada memotong di kiri dan di lorong kecemasan. Semua berhak beraya dan meraikan bersama insan tersayang. Patuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.

Bagi yang ingin balik beraya, selesaikan saman waran tangkap yang ada, jangan kerana kesilapan, kita di tangkap sebelum raya. Usah rentap lagi jiwa dan keriangan anak-anak hanya kerana ego.

MEMANDULAH DI LORONG KECEMASAN JIKA NAK LIHAT LEBIH RAMAI ANAK DAN ISTERI MENANGIS, BERAYA TANPA SUAMI DAN ANAK-ANAK.

ARTIKEL LAIN :

POLIS BUKAN SEKADAR CEGAH JENAYAH

MEMANDULAH DI LORONG KECEMASAN JIKA NAK LIHAT LEBIH RAMAI ANAK DAN ISTERI MENANGIS, BERAYA TANPA SUAMI DAN ANAK-ANAK.

OP SELAMAT 9/2016 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

OPERASI RAYA BESAR-BESARAN OLEH PDRM

KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *