Isu

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ DI MAHAAD TAHFIZ AT TAQWA

Alhamdulillah pertamanya Ummi mengucapkan kesyukuran atas nikmat yang Allah swt berikan sepanjang hidup ini. Manakan tidak, tiada yang tidak lengkap dalam hidup ini sejak dari secil. Di besarkan dengan adanya kedua ibu bapa adalah satu rezeki terindah dan niat yang tidak dapat didustakan. Setuju? Berbeza dengan sahabat yang dibesarkan sebagai anak yatim.

Kerana ibu bapalah yang sentiasa berdoa dan berada dengan anak-anak sejak dari kecil dalam apa jua keadaan senang mahupun susah. Itu Ummi sendiri dan kebanyakkan daripada kita.


5 SEBAB LIBATKAN ANAK DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN

IMG_20160622_011440

Along & Angah tidak ketinggalan bersama bersama-sama anak-anak di Mahaad Tahfiz At Taqwa.

5 sebab Ummi libatkan anak-anak dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini adalah:

  1. Sebagai pelajaran untuk anak-anak lebih bersyukur nikmat ada sebuah keluarga. Ada adik abang dan kakak adalah rezeki.
  2. Anak-anak belajar menghargai dan menghormati. Tidak semua orang dapat apa yang kita dapat. Setiap detik perlu dihargai.
  3. Nilai kasih sayang itu mahal dan perlu penerapan nilai ini sesama ummat manusia. Insyaallah hidup tidak akan kesepian.
  4. Belajar memberi sejak dari kecil kerana memberi lebih baik daripada menerima.
  5. Mereka perlu setkan dalam minda untuk menjadi kaya untuk keluarkan lebih banyak sedekah dan menjadi menyumbang zakat terbesar suatu ketika nanti.

TABAHNYA ANAK-ANAK YATIM DAN TAHFIZ MAHAAD AT TAQWA

IMG_20160622_012256

Sokongan suami (baju purple kat tengah) dan anak-anak kepada Ummi untuk terlibat dalam program kemasyarakatan seperti ini satu rezeki yang tak dapat didustakan.

Namun begitu bagi adik-adik di Mahaad Tahfiz At-Taqwa mereka terpaksa melalui satu kehidupan tanpa ayah dan ibu. Menyusuri sungai kehidupan dengan rakan-rakan dan orang yang tidak di kenali pada asalnya. Tabahnya mereka belum tentu dapat diselamai dan dirasai oleh orang lain.

Oleh sebab demikian, Ummi bersama sahabat Pasukan Amal GSL mengambil langkah untuk meraikan kehebatan anak-anak ini.

Selasa lepas, 21 Jun 2016 kami bersama dengan Keluarga Jarayah binti Shafie, En Mansor Bin Abdullah dan Majlis Belia Kg. Batu bersepakat meraikan adik-adik di Mahaad ini pada satu majlis iftar. Iftar kami pada petang tersebut  di Sponsor oleh Bank of Tokyo.

IMG_20160622_011546

Konsep pemberian kali ini adalah pemberian yang tunai dan juga beras. Insyallah lain masa, mungkin dapat bertandang semula ke sini.

Mendengarkan bacaan ayat suci al quran yang di alunkan ketika solat terawikh, hati ini tersentuh. Betapa Allah swt sangat menyayangi mereka Allah swt beri adik-adik ini hati yang tenang dan terang untuk mendalami dan menghafaz ayat suci al-quran. Merdu sungguh suara nya.

Kami yang hadir berkesempatan beramah mesra dan menyumbangkan sumbangan duit bagi kegunaan sepanjang ramadhan serta untuk persiapan raya. Malah, Ummi dan rakan-rakan yang hadir tidak lepas daripada memohon anak-anak ini jua mendoakan kami di masa depan. Doa anak-anak yatim pastinya antara doa-doa yang mustajab. MasyaAllah. Semoga mereka dan kita semua di rahmati Allah swt.


PASUKAN AMAL GROUP SUPPORT LIKE

Sebenarnya Pasukan Amal GSL ini baru sahaja ditubuhkan. Namun begitu, penyertaan daripada ramai orang dan menjadi ahli GSL sedikit sebanyak merealisasikan impian founder GSL iaitu En Khairul Zahrin untuk menjadikan GSL bukan sekadar Group Support Like ,tapi satu komuniti yang menyumbang kepada masyarakat. Semoga usaha yang kecil ini, menjadi saham di akhirat kelak.

JpegBergambar dari kiri Ummi, SS, Saiyid, Muazam, Munir dan Azlinda


BUKAN SEKADAR BLOGGER

IMG_20160622_011915

Ummi dan Shiqeen Sattar di belakang tabir bersama anak-anak.

Bagi Ummi dan SS (SHIQEEN SATTAR), kami bukan hanya ahli komuniti GSL, Tapi kami juga mahu menjadi antara ahli komuniti KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA9) yang mahu dekat dengan masyarakat. Kami mahu memartabatkan blogger dan mengubah tanggapan masyarakat kepada blogger yang selama ini hanya dianggap penyampai gosip dan fitnah. Sebab itu dalam Kelab Blogger Ben Ashaari prinsip kami “Bukan Sekadar blogger”.

Kami ingin menjadi penyampai maklumat yang benar dan pada masa yang sama membantu lebih ramai orang yang memerlukan, dengan kudrat yang ada. Insyaallah.Isunya bukan wang ringgit, tetapi kemahuan dan niat. Semoga usaha komuniti GSL dan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI menjadi asbab untuk kami semua mengumpul pahala dunia untuk akhirat kelak. Amin.

Artikel Berkaitan:

DAHSYATNYA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

AYAH JIKA KAU MASIH ADA…

2 Comments

  • Shiqeen Sattar

    Alhamdullillah syukur kita di antara insan terpilih untuk bersama mereka. Moga Allah beri kita peluang lagi untuk berkhidmat dan berbakti kpd masyarakat. Kita berbakti bukan kerana nama tapi kerana kasih sayang sesama insan (silaturrahim).

  • Munir

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi peluang ini. Sesungguhnya atas nama agama dan Islam bukan kerana nama dunia. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya rakan Pasukan Amal GSL kerana memberi 200% komitmen dalam menjayakan majlis ini. Moga Allah memberi kita sedikit harapan di akhirat kelak. InsyaAllah moga kita bertemu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *