KETUA POLIS NEGARA WAKIL POLIS DIRAJA MALAYSIA KE ITALI 2016

PDRM TERIMA DUA HELIKOPTER DARI ITALI

Itali, 27 Mei – Majlis serah terima dua buah helikopter jenis sederhana AW139 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlangsung di Leonardo Helicopters yang dahulunya dikenali sebagai Augusta Westland, pagi tadi.

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis yang penuh bersejarah buat PDRM ini, dan diiringi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar untuk menerima helikopter tersebut bagi pihak PDRM.

Dua buah helikopter tersebut adalah sebahagian daripada enam buah helikopter yang bakal diterima oleh PDRM menerusi bajet Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10 yang telah dimeterai oleh Kerajaan Malaysia dengan Galaxy Helicopters (M) Sdn. Bhd pada 9 Mac 2016 yang lalu.

Kesemua helikopter ini akan digunakan sepenuhnya oleh pihak PDRM dalam usaha menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam, selaras dengan misi dan visi penubuhan pasukan keramat itu sejak 209 tahun yang lalu.

Turut hadir sama menyaksikan majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Wan Ali Besar, Komander Pasukan Gerakan Udara PDRM, SAC Dato’ S. Sathiya Seelan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri. Info : Polis Diraja Malaysia

qq


KOMEN Ummi:

Semalam ada isu yang tak berapa best  nak dengar dan baca. Namun nasihat Ummi, berhati-hati dalam menulis, semoga kita tidak menjadi antara orang yang menyebarkan fitnah.

Maaf memang Ummi tak ada link berkaitan sebab tak nak panjangkan fitnah keatas IGP Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar . Ummi cuma berharap atas doa kalian Ummi hanya menjadi penulis yang menberikan info dan cerita yang benar-benar sahaja. Doakan Ummi istiqamah dalam menulis perkara yang baik-baik sahaja, tidak menyinggung mana-mana pihak. Polis itu kerjaya Ummi, tapi Ummi perlukan networking luar untuk lebih berjaya. Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan ku. Jangan dibenci kami kerana anda kat luar sana masih tak mengenali kami sepenuhnya. Jom berkawan kerana Allah swt dengan kami.

 

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge