Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU

KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU

Assalamualaikum semua… semangatnya nak balik kampung semua…betul kan..Ummi nampak..ramai yang dah packing barang, dan tunggu hari Jumaat bakal tiba untuk balik beraya.

PicsArt_06-27-09.55.14

Kejadian 23 Jun 2016

Sebab Ummi memang bekerja dalam bidang kepolisan Trafik, jadi nak raya dah tahu ramai orang akan balik awal untuk elakkan jalan yang sesak. Tambahan tahun ini raya jatuh hari Rabu, maka Isnin dan Selasa ramai ambil peluang untuk bercuti untuk persediaan terakhir bagi sambutan Syawal. Malah tak kurang juga yang bercuti untuk fokus pada ibadah di akhir Ramadhan, setuju?Ingat kisah raya yang lepas(ceritanya disini)- KEMALANGAN MAUT DI LORONG KECEMASAN

Kemalangan maut sangat memilukan. Malah bukan tu satu sahaja, banyak lagi jika kita lihat,baca di akhbar-akhbar, dengar di corong-corong radio dan tak kurang di paparkan di facebook dan lain-lain media.

IMG-20160624-WA0005

Kejadian 23 Jun 2016

Kemalangan meningkat apabila tiba musim perayaan walaupun saban tahun penguatkuasaan dirancang oleh pihak berwajib.(klik sini- OP SELAMAT 9/2016).

5 implikasi kemalangan:

1) Kesesakan

Jalanraya bertambah sesak kerana aliran trafik menjadi perlahan dan ini akan menyebabkan ramai orang lewat tiba ke destinasi. Masa perjalanan menjadi lebih panjang. Jalan sesak, anak-anak dalam kereta kelaparan, menangis dan lain-lain pasti merosakkan kelancaran perancangan balik beraya.

2) Kewangan

Peruntukkan kewangan bertambah kerana mangsa kemalangan memerlukan modal untuk baiki kenderaan serta lain-lain kos pembaikkan serta perubatan.

3) Tiada kenderaan

Kenderaan untuk digunakan sepanjang hari raya tiada. Akibat kemalangan orang lain bergembira beraya bersama keluarga, menziarah sanak saudara,tapi mangsa kemalangan beraya di rumah. Bak kata orang “Putus kaki nak jalan”.

4) Mood dan suasana

Sepatutnya hari raya kita bergembira. Taoi akibat daripada kemalangan dan implikasi 1-3 diatas mood swing. Setuju.? Mana nak datang mood seronok, sebab mangsa kemalangan ibarat dah jatuh di timpa tangga. Bertambah sedih jika kehilangan orang tersayang dan tubuh badan yang Allah swt kurniakan sebagai pinjaman mengalami kecederaan. Patah atau hilang..boleh bayangkan??? Nah ummi tayang sikit kalau nk tengok, sedih ke seronok jika keadaan raya nanti sebegini?

5) Trauma

Setuju kalau Ummi katakan, akibat daripada kesan kemalangan diatas,bukan mangsa sahaja mengalami kesusahan, tapi selurih keluarga besar. Datuk, nenek, mak saudara, ayah saudara, sepupu adik beradik dan keluarga lain pasti turut sedih dan simpati. Kesiannya kerana kesilapan beberapa pihak maka, terpalit pada irang lain. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Apa antara sebab berlaku kemalangan? Siapa boleh komen? Sikap antara yang utama…betul? Sebelum baca lagi, dengar pesanan ini. 

Dah dengarkan, ingat ya pesanan didalam video tu..Ummi dengan SS buatkan khas video ini untuk sahabat semua. Kami ambil tanggungjawab ini sebagai tanda kasih sayang kami kepada sahabat kami, saudara-saudara kami. Sebab apa? Sebab kami nak lihat raya tahun ini semua kita beraya dengan ada keluarga kita bersama.

Bukan apa, bila berlaku kemalangan banyak implikasinya. Bukan sahaja pemandu, penumpang tapi juga pengguna jalan raya lain.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Ummi sekeluarga juga dan warga PDRM.

ARTIKEL BERKAITAN

MEMANDULAH DI LORONG KECEMASAN JIKA NAK LIHAT LEBIH RAMAI ANAK DAN ISTERI MENANGIS, BERAYA TANPA SUAMI DAN ANAK-ANAK.

OP SELAMAT 9/2016 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

OPERASI RAYA BESAR-BESARAN OLEH PDRM

KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU

http://shiqeensattar.com/7-tips-keselamatan-rumah-sebelum-balik-kampung/

 

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *