Isu Masyarakat

IFTAR BERSAMA FAMR DAN ANAK YATIM

IFTAR BERSAMA FAMR DAN ANAK YATIM

Ummi syukur sangat berpeluang berbuka puasa dengan FAMR dan juga usahawanita hebat daripada Super Squad  Juice yang mana mereka mengadakan majlis iftar untuk anak-anak yatim. Majlis diadakan baru-baru ini di Impian Golf Resort Kajang. Sebab dekat sangat dengan rumah Ummi, Ummi decide untuk pergi bersama keluarga bagi meraikan sahabat baru anak-anak Ummi dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia dari Kajang dan juga Pertubuhan Ar-Rahman Ar -Rahim Pahang (PERKAP).


ANAK SYURGA DIRAIKAN

Jpeg

Jpeg
MERAIKAN BERSAMA ANAK YATIM DAN BLOGGER SYIMA YUSUF DAN YANIE YUSUF

Anak-anak yang diraikan ini berusia daripada 3 tahun sehingga 16 tahun. Masyaallah, sebak rasa didada melihat mereka. Ada yang kehilangan ibu bapa dan ada juga daripada anak-anak asnaf. Kecomelan mereka sikit sebanyak mencuit hati Ummi dan semua yang hadir. Tabahnya mereka bersama penjaga dan juga sahabat-sahabat mereka.

Anak-anak dari PERKAP sangat hebat. Di fahamkan oleh penjaga mereka En Zul (017-264 8451) , asalnya mereka ini adalah biasa-biasa. Tetapi setelah di latih dan diberikan tunjuk ajar, mereka menjadi antara penghafaz al-quran yang berjaya. Mendengarkan mereka menghafaz dan memberikan makna surah ketika majlis tersebut, terbukti mereka anak-anak yang hebat di mata kita dan juga pencipta.


FAMR | PENERAJU MAKANAN HALAL

Bercakap dengan penganjur utama Majlis Dato’ Siti Zaleha Binti Abd Ghani, iaitu pengasas FAMR , Farid & Alice Marketing Resources katanya

“Majlis ini diadakan sebagai tanda syukur dan tanda penghargaan FAMR kepada komuniti”

FAMR giat berusahah dalam membantu ramai usahawan IKS memasarkan barangan buatan mereka. Katanya lagi “Usahawan kita hebat dalam pembuatan produk, tetapi kita kekurangan platform pasaran dan kurang pemasaran. Oleh sebab itu, FAMR dengan giatnya berusaha memasarkan barangan usahawan IKS.”

FAMR juga giat membantu usahawan dengan memberikan latihan dan bimbingan serta memberikan pendidikan kepada usahawan untuk meluaskan empayar perniagaan mereka.


MISI DAN VISI FAMR

Jpeg

Jpeg

FAMR ingin menjadikan produk usahawan IKS ini setanding dengan produk lain di pasaran. Tetapi pokok utama adalah ingin membantu pengguna Muslim untuk mendapatkan produk makanan halal demgan lebih mudah. Oleh sebab itu, FAMR cuba memastikan produk yang di bangunkan oleh usahawan mereka boleh berada di pasaran supermarket utama yang sedia ada.


PENAJA MAJLIS IFTAR

Jpeg

Jpeg
Penaja bersama majlis adalah daripada SUPERSQUAD JUICE dan juga Fatihah Frozen Foods Sdn. Bhd. Pasaran produk ini Ummi akan cerita pada entry lagi satu. Special sikit. Sebab, banyak produk yang dipasarkan, semuanya halal dan produk Muslim.

Kami amat bersyukur atas kerjasama yang diberikan dan kepercayaan penganjur kepada Kelab Blogger Ben Ashaari. Jumpa lagi di lain masa. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *